Berita Harian

Aguero terlepas aksi tetangga

-

London: Penyerang sensasi Manchester City, Sergio Aguero terlepas pertembung­an tetangga menentang Manchester United, minggu depan selepas dijatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan disebabkan berkelakua­n ganas.

Persatuan Bola Sepak England (FA) menghukum penyerang Argentina itu selepas kamera televisyen merakam dia menyiku pertahanan West Ham, Winston Reid ketika kemenangan City dalam saingan Liga Perdana di Eastlands, hujung minggu lalu.

Pengadil Andre Marriner gagal melihat insiden itu dengan City turut menafikan dakwaan terbabit, namun FA mendapati Aguero bersalah dan penggantun­gannya akan bermula 10 September ini apabila skuad bimbingan Pep Guardiola berkunjung ke Old Trafford.

Terbukti benar

Aguero juga bakal terlepas perlawanan City di tempat sendiri bertemu Bournemout­h pada 17 September dan Piala Liga di Swansea, empat hari kemudian.

“Sergio Aguero menerima hukuman penggantun­gan tiga perlawanan dengan berkuat kuasa serta merta selepas FA mendapati tindakan ganasnya terbukti benar,” kata FA dalam satu kenyataan.

“Penyerang Manchester City itu terbabit dalam insiden pada minit ke-76 dengan pemain West Ham United, Winston Reid pada Ahad (28 Ogos 2016) yang tidak disaksikan pegawai perlawanan tetapi dirakam video.

“Kelab itu menafikan dakwaan dan membuat rayuan, jika didapati benar, hukuman standard akan dilakukan.

“Dalam mencari kebenaran pada perbicaraa­n hari ini, satu Jawatankua­sa Peraturan Bebas menolak rayuan kelab itu untuk mengurangk­an penggantun­gan tiga perlawanan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia