Berita Harian

Djokovic hanya perlu 32 minit

-

New York: Novak Djokovic mara ke kelompok 16 terakhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 32 minit selepas Mikhail Youzhny menarik diri susulan kecederaan sebelum pemenang dua kali, Rafael Nadal juga mara buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.

Djokovic yang juga juara bertahan mendahului 4-2 pada set pertama sebelum lawan dari Russia yang berusia 34 tahun itu menarik diri selepas mengalami kecederaan hamstring kaki kiri.

Keputusan itu melengkapk­an minggu pertama penuh pelik buat pemain nombor satu dunia itu.

Selepas terpaksa mengharung­i perlawanan empat set sebelum menewaskan Jerzy Janowicz Isnin lalu, Djokovic melangkah ke pusingan ketiga tanpa berpeluh apabila lawannya, Jiri Vesely dari Republik Czech menarik diri daripada pusingan kedua berikutan kecederaan tangan.

“Saya tidak pernah mengalami perkara ini sepanjang karier Grand Slam, menerima kemenangan percuma dan perlawanan seterusnya hanya berlangsun­g setengah jam,” kata Djokovic.

Pertarunga­n epik

Pilihan utama itu dijadualka­n berdepan pemain ranking 84 dunia, Kyle Edmund yang mengejutka­n John Isner dari Amerika Syarikat 6-4, 3-6, 6-2, 7-6 (7-5) untuk mara ke pusingan keempat buat kali pertama.

Nadal dalam pada itu mara ke pusingan keempat buat kali pertama sejak 2013 - tahun di mana kali terakhir dia memenangi gelaran di New York - dengan kemenangan kepada pemain Russia, Andrey Kuznetsov 61, 6-4, 6-2.

Dalam kategori wanita, pilihan kelapan, Madison Keys dari AS menempah pertembung­an dengan Caroline Wozniacki di pusingan keempat selepas memenangi pertarunga­n epik dengan pemain Jepun, Naomi Osaka 7-5, 4-6, 7-6 (7/3).

Wozniacki sebelum itu menewaskan pilihan kelapan dan bekas juara, Svetlana Kuznetsova di pusingan kedua mara selepas mudah menyingkir­kan pemain Romania, Monica Niculescu 6-3, 6-1.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia