Berita Harian

Jawatankua­sa khas tangani dadah dalam kalangan belia

-

Melaka: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menubuhkan jawatankua­sa khas menerusi kerjasama lebih 6,000 kelab di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bagi menangani isu berkaitan dadah dalam kalangan belia.

Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata usaha itu selaras aspirasi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengisytih­arkan perang dadah habis-habisan pada tahun ini.

“Di bawah jawatankua­sa kes jenayah berkaitan dadah, MCPF fokus kepada usaha mendekati pelajar dengan menganjurk­an pelbagai program bersama bagi memerangi musuh nombor satu negara itu dalam kalangan belia.

“Usaha serta kempen kesedaran mengenai isu ini perlu dimulakan di peringkat sekolah, khususnya mendekati pelajar, selain berharap bantuan ibu bapa,” katanya selepas program MCPF Melaka bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut dihadiri Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din, di sini, semalam.

Lam Thye yang turut menyampaik­an sijil pelantikan kepada Pengerusi MCPF Melaka yang baharu, Jason Yow pada majlis itu, berkata perangkaan indeks jenayah, termasuk berkaitan dadah membabitka­n pelajar yang dikeluarka­n Bukit Aman, menunjukka­n penurunan sejak 2013.

“Pada 2014, jumlah jenayah indeks membabitka­n pelajar, termasuk berkaitan dadah adalah sebanyak 2,073 kes, menurun 17 peratus daripada 2,483 kes pada tahun sebelumnya. Ia terus menurun dengan 1,851 kes, termasuk dadah pada tahun lalu atau penurunan sebanyak 10.7 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia