Berita Harian

Formula Satu bakal dijual

Tetapi Ecclestone tetap dikekal sebagai bos perlumbaan paling prestij itu

-

Bernie Ecclestone yang akan mencecah usia 86 tahun bulan depan, menegaskan betapa dia akan kekal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Formula Satu (F1) sekalipun pengendali sukan itu mendapat pemilik baharu selepas ini.

Syarikat dari Amerika Syarikat, Liberty Media dilaporkan dengan meluas bakal mengambil alih syarikat pemegang taruh utama, F1 iaitu firma ekuiti persendiri­an CVC - dalam perjanjian bernilai £6.8 bilion (RM 36.9 bilion).

Bagaimanap­un, perkara itu disangkal pengerusi CVC, Donald Mackenzie, yang berkata: “Saya akan amat terkejut jika ada sebarang pengumuman mengenainy­a minggu ini.”

Kekal peranan

Malah, sekiranya Liberty Media berjaya sekalipun dalam mengambil alih F1, khidmat Ecclestone yang dilantik menjadi CEO perlumbaan itu oleh CVC, mungkin terus diperlukan oleh bakal pemilik baharu.

Tambah Mackenzie: “Setakat ini, Bernie tidak akan pergi ke manamana. Tiada apa yang berubah.”

Bekas pemilik pasukan Jordan, Eddie Jordan yang kini bertindak sebagai pengkritik untuk stesen televisyen Channel 4, menimbulka­n spekulasi bahawa Grand Prix Itali akan menjadi perlumbaan terakhir Ecclestone.

“Tidak, tidak,” kata Ecclestone. “Tiada apa yang perlu dilaporkan.”

Dikatakan Ecclestone dan keluargany­a akan mengaut keuntungan sebanyak £800 juta (RM3.36 bilion) daripada jualan hak milik F1 kerana mereka memiliki sebahagian saham dalam syarikat pengendali perlumbaan prestij dunia itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia