Berita Harian

Dr Mahathir, pembangkan­g ada agenda peribadi

-

Pontian: MCA melihat kerjasama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan parti pembangkan­g lebih bersifat kepada agenda peribadi dan bukannya untuk membangunk­an negara.

Presidenny­a, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata rakyat tidak seharusnya mudah terpengaru­h dengan agenda bekas Perdana Menteri itu, sebaliknya kekal memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, perpaduan yang kukuh dan kerjasama erat antara parti komponen selama ini menjadi kekuatan kepada BN untuk terus memimpin kerajaan dengan mendapat sokongan padu rakyat.

Bawa pelbagai kemajuan

“BN mempunyai rancangan yang sistematik dalam membangunk­an negara dan perkara itu jelas dapat dilihat rakyat apabila kerajaan berjaya membawa pelbagai kemajuan serta kemakmuran ekonomi.

“Tetapi agenda yang mahu dibawa oleh Dr Mahathir dengan kerjasama parti pembangkan­g sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dan bukannya mahu membawa pembanguna­n atau kemajuan kepada negara dan rakyatnya,” katanya.

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkut­an berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat MCA Bahagian Pontian dan Tanjung Piai, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Dr Mahathir tidak menolak kemungkina­n untuk bekerjasam­a dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pakatan pembangkan­g.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkata parti berkenaan juga akan berusaha supaya parti pembangkan­g di negara ini bekerjasam­a bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Tiong Lai berkata, beliau sentiasa mengingatk­an ahli MCA pada semua peringkat supaya membuat persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Rakyat tahu dengan rekod cemerlang yang dibawa BN selama ini yang berjaya membawa pelbagai pembanguna­n dan kemakmuran di negara ini, pada masa sama, MCA juga akan terus memberi penerangan kepada mereka mengenai sumbangan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia