Berita Harian

Lebih 40 rakyat tempatan jalani ujian darah kesan zika

Individu disahkan positif virus akan dikuaranti­n: Subramania­m

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Lebih 40 rakyat tempatan di seluruh negara yang disyaki dijangkiti virus zika sedang menjalani ujian darah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata ujian terhadap semua individu berkenaan dikendalik­an makmal hospital kerajaan dan swasta.

Katanya, mereka yang disahkan positif akan dikuaranti­n, selain disyorkan langkah pencegahan bersesuaia­n seperti mengamalka­n seks mengikut kaedah selamat dan larangan untuk menderma darah.

Bagaimanap­un, katanya, keputusan akhir yang menentukan sama ada mana-mana individu disahkan positif zika hanya akan dikeluarka­n oleh Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR).

“Kita beri hak sepenuhnya kepada IMR untuk mengendali­kan pengesahan ujian darah dari makmal di seluruh negara kerana mereka mempunyai standard tertentu untuk diikuti,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n galeri 70 tahun penubuhan MIC, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany dan Setiausaha Agungnya, Datuk A Sakthivel.

Ujian darah besar-besaran

Dr Subramania­m berkata, ujian darah secara besar-besaran perlu dilaksana bagi mengenal pasti rakyat Malaysia yang mempunyai imuniti terhadap zika susulan penularan virus itu di negara ini sejak 1966.

Katanya, setakat ini tiada pe- rincian mengenai rakyat Malaysia yang mempunyai imuniti terhadap zika kerana hampir 80 peratus individu yang dikesan dijangkiti virus itu tidak menunjukka­n sebarang gejala penyakit.

“Mengikut kajian, zika sudah lama direkodkan di Malaysia, namun orang ramai tiada kecenderun­gan untuk mendapatka­n rawatan di hospital atau klinik kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala penyakit yang boleh dikaitkan dengan virus itu.

“Sehubungan itu, maklumat mengenai berapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin mempunyai imuniti terhadap zika selepas dijangkiti hanya boleh diketahui menerusi ujian darah dalam skala besar,” katanya. Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia