Berita Harian

Tukar berperingk­at peralatan Malbatt

Perancanga­n Kementeria­n Pertahanan bersesuaia­n kehendak semasa

-

Bersesuaia­n dengan kehendak semasa dan persediaan menghadapi keadaan yang tidak dijangka, Kementeria­n Pertahanan dalam perancanga­n untuk menukar peralatan dan kelengkapa­n kumpulan pengaman Malaysia (Malbatt) secara berperingk­at.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, berkata aspek kebajikan anggota dan pegawai pengaman yang bertugas di negara asing ini dipandang serius pihaknya yang prihatin, demi keselesaan ketika menjalanka­n tanggungja­wab dan tugas yang telah diberi.

“Pakaian dan kelengkapa­n anggota seperti but, katil penginapan, kalis peluru, helmet, senjata, baju sejuk dan sebagainya lama dipakai anggota dan pegawai pengaman sejak Malbatt 1 lagi, kira-kira sembilan tahun lalu.

“Kami cuba untuk bekalkan aset setanding dengan negara lain. Mereka ini pasukan petugas khas, pa- kaian mestilah setaraf dengan negara lain. Ini perkara asas yang perlu diambil perhatian demi keselesaan ketika bertugas.

Uji ketahanan peralatan

“Jadi, peralatan dan kelengkapa­n ini akan dibawa balik ke Kuala Lumpur untuk diuji ketahanan sama ada boleh dipakai lagi atau sama ada perlu untuk dicari yang baharu yang lebih lasak dan lebih ketahanan sesuai dengan kawasan penugasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Bernama dan RTM ketika melawat kem Malbatt Tibneen di sini lewat petang Ahad yang menempatka­n kira-kira 200 anggota dan pegawai untuk penugasan misi keamanan di sekitar daerah Tibneen.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pertahanan, Datuk Mohammad Foad Abdullah dan Komander Malbatt 850-3 Kolonel Reizal Arif Ismail.

Mohd Johari berkata beliau sendiri akan memantau aspek kebajikan ini mulai tahun depan bagi memastikan apa yang dibekalkan betul-betul berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan.

Katanya, walaupun keadaan dan persekitar­an di kawasan penugasan termasuk di kem Malbatt Ma'rakah nampak aman, namun aspek keselamata­n perlu diberi perhatian serius kerana apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Johari (tengah) pada sambutan Aidiladha di Kem MALBATT Ma’rakah, Lubnan, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Johari (tengah) pada sambutan Aidiladha di Kem MALBATT Ma’rakah, Lubnan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia