Berita Harian

‘Jangan fikir kasut bundle murah’

Sepatu dikategori sebagai vintaj boleh cecah RM5,000 sepasang

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Tanggapan bahawa kasut bundle atau terpakai boleh diperoleh pada harga murah, mungkin perlu diubah kerana persepsi itu tidak sesuai jika produk terbabit dikategori­kan sebagai vintaj.

Hakikat itu dibuktikan peniaga kasut terpakai, Mohd Rohaizam Abdul Mutalib, 35, yang kini memasarkan secara bergerak koleksi lebih 8,000 pasang kasut terpakai pada harga serendah RM60 sepasang.

Koleksi kasut terpakai paling mahal dalam simpanan untuk jualan Rohaizam ketika ini adalah sepasang but jenama Red Wing bernilai kira-kira RM5,000.

“Usia but ini sudah mencecah 65 tahun, tetapi masih dalam keadaan elok. Kasut ini unik kerana keluaranny­a terhad kepada 100 pasang sahaja ketika dikeluarka­n di Amerika Syarikat pada 1951.

“Saya sendiri sudah jual banyak kasut terpakai jenama Red Wing, yang mempunyai peminat tersendiri. Selain itu ada juga pelbagai jenama lain yang dijual pada harga serendah RM60,” katanya yang pernah menjadi tukang masak.

Sanggup ke Aranyaprat­het

Rohaizam berkata, jodohnya dengan perniagaan kasut terpakai bermula selepas memberanik­an diri terbang ke Aranyaprat­het, Kemboja, yang terkenal dengan himpunan pelbagai koleksi barangan terpakai berkualiti dan berjenama dari Jepun, Korea, Amerika Syarikat serta Eropah.

“Saya terbabit dengan perniagaan kasut bundle ini sejak lima tahun lalu, bermula dengan hanya koleksi kira-kira 200 pasang kasut terpakai dijual sekitar kaki lima bangunan di seluruh Kedah.

“Pembabitan dalam perniagaan ini semakin serius apabila saya ke Kemboja untuk mencari bekalan baharu sebelum terpesona melihat koleksi unik kasut terpakai berjenama yang antaranya mempunyai nilai cukup tinggi. Peniaga kasut terpakai

“Melihat potensi perniagaan ini, saya mulakan perniagaan ini melalui Global Rare Shoes menggunaka­n konsep ala ekspo, secara membawa lebih 8,000 kasut terpakai pelbagai jenama ke serata tempat khususnya sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,” katanya.

Ketika tinjauan BH di tapak niaga Rohaizam dekat Kuala Kedah di sini, orang ramai mengerumun­i untuk memilih pelbagai jenis kasut yang ditawarkan.

Dalam tempoh lapan jam gerainya dibuka, permintaan tinggi menyaksika­n peniaga itu mampu meraih jualan sehingga RM20,000.

Keaslian jenama

Seorang pelanggan, Shazree Mad Said, 26, berkata beliau memilih kasut terpakai kerana yakin kualiti dan keaslian jenama barangan dijual dan harganya berpatutan.

“Kasut ‘bundle’ mempunyai peminat tersendiri, bukan kerana jenama sahaja, tetapi kerana kita tidak akan menemui kasut serupa di tempat lain mahu pun kualiti setandingn­ya,” katanya.

 ??  ?? Mohd Rohaizam menunjukka­n kasut terpakai dari luar negara berharga RM5,000 yang dijual di Jalan Kuala Kedah. yang dijual oleh Mohd Rohaizam.
Mohd Rohaizam menunjukka­n kasut terpakai dari luar negara berharga RM5,000 yang dijual di Jalan Kuala Kedah. yang dijual oleh Mohd Rohaizam.
 ??  ?? Pelanggan memilih kasut terpakai dari luar negara
Pelanggan memilih kasut terpakai dari luar negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia