Berita Harian

Taiwan aktif promosi pelanconga­n mesra Muslim

Sasar tarik pelancong Islam, tambah hotel, restoran halal

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Pentadbira­n bandar raya ini yakin pertumbuha­n pelancong Malaysia ke sini mencapai sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini, dengan menyasarka­n lebih ramai pelawat Islam berkunjung ke Taiwan.

Pesuruhjay­a Jabatan Maklumat dan Pelanconga­n Pentadbira­n Bandaraya Taipei, Yu-yen Chien, berkata seramai 430,000 pelancong Malaysia mengunjung­i Taiwan tahun lalu, dengan 370,000 daripada mereka melawat Taipei.

Katanya, jumlah pelancong Malaysia itu masih tidak signifikan dan pihaknya aktif mempromosi pelanconga­n mesra Muslim bagi memastikan sasaran itu tercapai, khusus bagi menarik lebih ramai pelancong Islam.

“Taiwan memiliki hampir 80 restoran dan hotel yang menepati piawaian halal termasuk 29 berada di Taipei.

“Kami mula menambah hotel dan restoran yang menepati pia- waian halal sejak tahun lalu dan menyasarka­n pertambaha­n sehingga 36 restoran serta hotel memperoleh pensijilan halal di bandar Taipei.

“Kami menyedari potensi besar yang dimiliki melalui pelanconga­n mesra Muslim dan giat bekerjasam­a dengan pelbagai pihak, khususnya industri makanan untuk menyertai inisiatif pelanconga­n mesra Muslim di negara ini,” katanya.

Sijil halal tepati syariah

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat bersama media Malaysia di Dewan Bandaraya Taipei di sini, semalam. Yang turut hadir, Pegawai Khas Kementeria­n Pengangkut­an dan Komunikasi Taiwan, Alice Ko dan wakil Malindo Air, Julia Liang.

Chien berkata, pensijilan halal di negara berkenaan dikendalik­an Persatuan Cina Muslim dan Persatuan Taipei Grand Mosque yang menetapkan peraturan ketat untuk mendapatka­nnya bagi memastikan sijil halal diperoleh menepati syariah.

Katanya, pihaknya juga bekerjasam­a dengan kedai serba guna untuk menyediaka­n lebih banyak produk halal bagi memudahkan pelancong Islam.

“Kami juga menambah kemudahan untuk kegunaan orang Islam seperti ruang solat dan tempat berwuduk di lokasi tertentu di bandar raya ini termasuk di bangunan Dewan Bandaraya Taipei,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Chien (tiga dari kiri) bersama wakil hotel dan restoran halal di Taipei.
Chien (tiga dari kiri) bersama wakil hotel dan restoran halal di Taipei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia