Berita Harian

Nenek tiga cucu terselamat rumah terbakar

Sekumpulan penduduk sedang buat persiapan korban selamatkan mangsa

- Oleh Zairee Mohd Yasak

Persiapan Aidiladha bagi seorang nenek dan tiga cucunya musnah tahun ini apabila rumah warga emas itu hangus dalam kebakaran di Kampung Kesang Luar, Kesang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa, Norkiyah Maarof, 73, dan tiga cucunya yang juga adikberadi­k, Noor Shah Nazatul Baseri, 15, Muhammad Aiman Bukqari, 7, dan Muhammad Ammar Liwau- din, 5, sempat diselamatk­an oleh sekumpulan penduduk yang berada berhampira­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kesang Luar, Zainal Kadir, berkata keluarga itu diselamatk­an oleh sekumpulan penduduk yang sedang membuat persiapan bagi majlis korban di seberang jalan.

“Mereka (penduduk) ketika itu sedang menurunkan lembu dari atas lori. Apabila seorang daripada mereka terlihat asap kepul dari rumah itu, mereka terus bergegas menyelamat­kan keluarga berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa (nenek) seperti terpingapi­nga di atas katil di bilik utama manakala dua kanak-kanak berada di bilik bersebelah­an dan adik mereka sedang mandi di bilik air," katanya.

Difahamkan, Norkiyah ditemani tiga cucunya di rumah itu sejak tiga hari lalu atas faktor kesihatan selepas dua bulan tinggal bersama anak perempuann­ya di Taman Bemban Utama dan mereka dikatakan sedang membuatkan persiapan Aidiladha.

Rumah Pembanguna­n Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina pada tahun 1997 yang meng- gantikan rumah papan asal warga emas itu musnah terutama di bahagian siling, ruang tamu dan dapur.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Rahizam Ruzali berkata, kebakaran berjaya dikawal kira-kira tujuh minit selepas pasukannya tiba kira-kira jam 5.54 petang.

“Kerugian ditafsirka­n kira-kira RM50,000 dan punca kejadian masih lagi disiasat," katanya.

Katanya, sepasukan 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Jasin Bestari dan Balai Bomba Jasin dikejarkan ke lokasi.

 ?? [FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] ?? Anggota Bomba memadamkan kebakaran rumah diduduki nenek bersama tiga cucu pada petang menjelang Aidiladha di Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka, kelmarin.
[FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] Anggota Bomba memadamkan kebakaran rumah diduduki nenek bersama tiga cucu pada petang menjelang Aidiladha di Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia