Berita Harian

Penyelia kilang maut kena tikam

Suspek dipercayai hadapi tekanan mental dipujuk mangsa dapatkan rawatan

- Oleh Azahar Hashim

Niat seorang lelaki memujuk adiknya yang mengalami masalah tekanan mental untuk ke hospital bagi mendapatka­n rawatan susulan, bertukar tragedi apabila mangsa maut ditikam.

S Mohanankri­shnan, 54, yang juga penyelia kilang maut di hadapan rumah adiknya yang berusia 52 tahun dalam keadaan berlumuran darah dengan satu kesan tikaman pada rusuk kiri yang me- nembusi belakangny­a.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, ketika Mohanankri­shnan dari Padang Serai, di sini, yang ditemani seorang adik lelaki berusia 50 tahun mengunjung­i rumah suspek di Kampung Kepala Batu 8, dekat Lunas, di sini, untuk berbincang mengenai soal rawatan susulan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Abdullah Arshad, berkata berdasarka­n maklumat perbincang­an antara tiga beradik itu berjalan lancar, sehinggala­h suspek yang bekerja sebagai pemandu lori tiba-tiba memaklumka­n dirinya lapar.

Katanya, ketika itu adik mangsa yang berusia 50 tahun keluar untuk membeli makanan, namun ketika dalam perjalanan menerima panggilan daripada Mohanankri­shnan yang memaklumka­n dirinya cedera ditikam.

Terbaring depan pintu pagar

“Adik mangsa bergegas pulang ke rumah dan sebaik tiba menemui mangsa terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar, namun mangsa ketika itu masih bernyawa.

“Adik mangsa itu kemudian menghubung­i ambulans, namun selepas diperiksa mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Abdullah berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi sebelum menahan suspek yang ketika itu berlegar di kawasan rumahnya selepas menikam mangsa.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menemui sebilah keris yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam abang kandungnya itu untuk siasatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia