Berita Harian

Murid Tahun 2 alami pendarahan mata akibat buli

-

Kuala Terengganu: Seorang murid perempuan Tahun Dua sebuah sekolah di sini cedera pada bahagian kepala, selain mengalami pendarahan pada mata kiri dipercayai menjadi mangsa buli sekolahnya, Rabu lalu.

Mangsa, Aliyah Maisarah Samsul Bahri, 8, terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan ia ditahan selama satu hari di wad bagi mendapatka­n rawatan susulan untuk kecederaan dialaminya.

Bapanya, Samsul Bahri Peet, 36, berkata pada mulanya dia menyangka anaknya hanya mengalami sakit kepala dan sakit mata biasa kerana tidak me- ngesyaki sebarang kejadian buruk berlaku kepada anak kedua daripada empat beradik itu.

Dipukul rakan sekelas

“Pada hari Rabu selepas pulang dari sekolah, Aliyah memberitah­u dia mengalami sakit kepala akibat dipukul rakan sekelas, namun saya tidak mengambil serius mengenai perkara itu kerana tidak mahu diperbesar­kan.

“Aliyah memaklumka­n, dia dipukul seorang murid lelaki di dalam kelas ketika guru sedang mengajar, tetapi dihalang guru berkenaan sebelum Aliyah muntah dipercayai akibat hentakan kuat di kepalanya,” ketika ditemui pemberita, semalam.

Katanya, lebih memeranjat­kan lagi apabila mata anaknya semakin membengkak pada hari Jumaat lalu dan ada kesan pendarahan mata kiri menyebabka­nnya membawa Aliyah ke HSNZ untuk mendapatka­n rawatan.

Hentakan kuat

“Berdasarka­n pemeriksaa­n yang dijalankan HSNZ, Aliyah disyaki terkena hentakan kuat pada kepala dan mata menyebabka­n berlaku pendarahan pada mata.

“Saya yang sedih dengan kejadian yang menimpa anak itu terus melaporkan kejadian itu kepada guru besar sekolah terbabit sebelum membuat lapo- ran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

“Saya terkilan dengan apa yang berlaku kepada Aliyah, kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku, namun pada masa sama dia tidak menyalahka­n pihak sekolah cuma berharap ada tindakan tegas yang diambil bagi memastikan murid lelaki berkenaan diberi pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatann­ya itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata pihaknya tidak dimaklumka­n kejadian oleh ibu bapa mangsa, namun hanya mengetahui­nya apabila ia diviralkan di Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia