Berita Harian

37 cedera, bas persiaran terbalik

Hasrat 44 warga tua lawat sekitar Lembah Klang tidak kesampaian

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Hasrat 44 penumpang warga tua melawat rumah ibadat di sekitar Lembah Klang tidak kesampaian, apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 5.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-se- remban menghala selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, 37 penumpang berusia antara 50 tahun hingga 70-an cedera, manakala pemandu dan pemandu pelancong bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hilang kawalan

Bas persiaran terbabit dalam perjalanan dari Ampang menuju ke One City Mall, Puchong sebelum terbabas berhampira­n susur Sri Petaling.

Penumpang, Florence Tan, 65, berkata dia bersama beberapa rakannya menaiki bas terbabit di Kelana Jaya pada jam 7 pagi bagi mengikuti program satu hari melawat rumah ibadat di sekitar Lembah Klang.

“Dari Kelana Jaya, kami menuju ke Ampang dan selepas se- lesai melawat rumah ibadat di situ, bas bergerak menuju ke Puchong. Tiba-tiba saya melambung sebelum menyedari bas terbalik.

Bunyi dentuman

“Saya tidak pasti macam mana kemalangan berlaku. Apa yang saya ingat bunyi dentuman dan suasana menjadi bising dengan jeritan penumpang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Ketika ditanya sama ada bas dipandu secara bahaya, wanita itu berkata bas dipandu dengan perlahan, namun tidak menolak kemungkina­n keadaan jalan raya yang basah dan licin antara sebab berlakunya kemalangan itu.

Pemandu bas terbabit yang mahu dikenali sebagai Appu, 42, berkata ketika kejadian hujan renyai dan secara tiba-tiba bas dipandunya hilang kawalan.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Keadaan bas persiaran yang terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-seremban, semalam.
[FOTO BERNAMA] Keadaan bas persiaran yang terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia