Berita Harian

Tiga maut, seorang parah nahas 3 motosikal

Kenderaan ditunggang warga tua bersama menantu dirempuh

- Oleh Adnan Ibrahim

Tiga lelaki termasuk seorang warga tua maut, manakala seorang parah apabila motosikal ditunggang­i mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Batu Pahat-mersing berhampira­n Taman Ria dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, Mohamed Hassan Ali, 65, dan menantu lelakinya, Noraripen Surni, 48, meninggal dunia di Hospital Kluang, ketika mendapatka­n rawatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham, berkata seorang lagi mangsa, Muhamad Hafiz Ghazali, 21, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

“Motosikal yang ditunggang Mohamed Hassan dan dibonceng Noraripen dikatakan keluar dari simpang Taman Ria dan mahu pulang ke rumah mereka di Taman Seri Lalang, dekat sini.

Tak sempat elak

“Sebaik memasuki jalan utama, motosikal ditunggang Muhamad Hafiz dari arah Ayer Hitam menuju ke Kluang pula dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki warga tua bersama menantunya itu,” katanya, semalam.

Muhamad berkata, sebuah lagi motosikal yang ditunggang Mo- hammad Ekmal Yussry, 19, dipercayai mengekori rapat Muhamad Hafiz turut terbabit kemalangan dan mengalami kecederaan parah selepas melanggar seorang daripada mangsa.

Katanya, polis masih menjalanka­n siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, anak Mohamed Hassan, Mohamad Azwan, 25, berkata secara kebiasaan bapanya akan pergi minum di Taman Ria dengan menaiki kereta bersama menantunya.

“Setiap kali kami berkumpul untuk menyambut perayaan atau keramaian di rumah, ayah akan mengajak anak-anak dan menantunya minum di Taman Ria yang

 ??  ?? Mohamed Hassan Ali
Mohamed Hassan Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia