Berita Harian

DBKL sedia peluang kongsi ilmu

Calon UPSR sekitar Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dapat input terkini

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus komited dalam menyediaka­n peluang pendidikan kepada anak bangsa dengan menaja hampir 300 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekitar Wilayah Persekutua­n melalui Seminar Bimbingan Peperiksaa­n bersama BH di sini, baru-baru ini.

Program kerjasama anjuran Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguna­n DBKL itu membabitka­n calon UPSR daripada 48 sekolah dalam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Kanannya, Mohd Nazam Harun, berkata inisiatif DBKL itu bukan perkara baharu, sebaliknya DBKL pernah menjalin kerjasama dengan BH sebelum ini dengan menyediaka­n peluang perkongsia­n ilmu, bersama penceramah yang juga guru pakar bagi mata pelajaran masing-masing.

Menerusi program Pusat Tuisyen dan Bimbingan Pelajar anjuran DBKL setiap murid akan mendapat manfaat mengulang kaji selain teknik menjawab soalan peperiksaa­n dengan berkesan.

“Seminar bimbingan yang diadakan dengan kerjasama BH ini juga menyediaka­n peluang kepada murid untuk menimba ilmu selain di sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Seminar Bimbingan Peperiksaa­n DBKL-BH 2016 di Institut Latihan DBKL, di sini baru-baru ini.

Mencapai kecemerlan­gan

Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar dan Penolong Pengarah Kanan Unit Perancanga­n Dasar dan Pendidikan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguna­n Komuniti DBKL, Nor Iz Hayza Mohd Zam.

Mohamad Nazam berkata, usaha pihaknya menganjurk­an program pendidikan seperti itu bertujuan melahirkan generasi baharu yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

“Oleh itu, saya berharap calon UPSR yang berkesempa­tan menyertai program ini dapat mengaplika­sikan segala ilmu yang disampaika­n oleh guru pakar untuk meraih kejayaan dalam peperiksaa­n UPSR tahun ini.

“Jika anak-anak semua berpegang kepada usaha untuk melengkapk­an diri dengan ilmu dari sekarang, pastinya generasi muda mampu mencapai kecemerlan­gan dan melangkah ke menara gading suatu hari nanti,” katanya.

 ?? [ FOTO SHIRAZ ALI/BH ] ?? Sebahagian daripada peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n DBKL - BH di Institut Latihan DBKL, baru-baru ini.
[ FOTO SHIRAZ ALI/BH ] Sebahagian daripada peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n DBKL - BH di Institut Latihan DBKL, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia