Berita Harian

Banjir kilat Parit Haji Amad diatasi

JPS laksana kerja mendalam, membersih Sungai Simpang Kanan mulai kelmarin

- Oleh Mohamed Farid Noh

Masalah banjir kilat yang menghantui penduduk Kampung Parit Haji Amad di sini, sejak lima tahun lalu, akan dapat diatasi berikutan kerja mendalam dan membersihk­an Sungai Simpang Kanan dimulakan kelmarin.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya meminta ban- tuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanak­an kerja berkenaan.

“Kerja mendalam dan membersihk­an sungai diharap menyelesai­kan masalah yang sering dihadapi kira-kira 40 keluarga setiap kali hujan lebat sejak lima tahun lalu,” katanya.

Kawasan rendah

Sejak lima tahun lalu, Kampung Parit Haji Amad kerap dilanda banjir kilat kerana terletak di kawasan rendah dan menghadap kuala Sungai Simpang Kanan. Malah, me- reka juga kerap kali dipindahka­n ke pusat pemindahan.

Kawasan kuala sungai yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap menyebabka­n aliran air tersekat dan melimpah hingga membanjiri perkampung­an.

Setelah menerima aduan daripada penduduk, Mohd Puad menghubung­i JPS dan pemimpin komuniti setempat bagi mencari jalan penyelesai­an.

Mohd Puad berkata, pihaknya dan JPS akan terus memantau kawasan berkenaan supaya banjir kilat tidak berulang.

Tak buang sampah dalam sungai

“Saya juga mengharapk­an penduduk di sepanjang sungai di daerah ini bersikap bertanggun­gjawab dan tidak membuang sampah ke dalam sungai kerana ia menyebabka­n aliran air sungai akan tersekat hingga mengakibat­kan banjir,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Razali Sikom, 49, bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO Batu Pahat yang mengambil inisiatif segera selepas dimaklumka­n mengenai masalah berkenaan.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Mohd Puad (kiri) bersama Timbalan Ketua UMNO Batu Pahat, Zaidi Jaafar (kanan) melihat keadaan Sungai Simpang Kanan selepas kerja mendalam dan pembersiha­n sungai itu.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Mohd Puad (kiri) bersama Timbalan Ketua UMNO Batu Pahat, Zaidi Jaafar (kanan) melihat keadaan Sungai Simpang Kanan selepas kerja mendalam dan pembersiha­n sungai itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia