Berita Harian

Korban kecintaan dunia demi akhirat

-

Islam mengajar erti perjuangan dan pengorbana­n. Pelbagai bentuk pengorbana­n perlu dilakukan untuk Allah SWT. Menghayati makna pengorbana­n, pasti banyak berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMFM, berkata Islam sinonim dengan Nabi Ibrahim. Beberapa ayat dalam al-quran yang menyebut kisah Nabi Ibrahim, maka di situ juga disebut perkataan Islam, salam dan Muslim.

Kisah pengorbana­n yang segar dalam lipatan sejarah dan berkait rapat dengan jiwa seiring sambutan Aidiladha.

Mari kita hayati ayat firman Allah SWT yang bermaksud: melakukan ibadah korban.

Dapat kita hayati bagaimana sekalipun perkara itu adalah sesuatu yang sangat kita cintai di dunia, namun demi Islam dan demi meraih kebahagiaa­n di akhirat, kita akan korbankan segala kecintaan di dunia ini.

Hayati Rukun Islam

Sebelum kita berkorban demi Islam yang dicintai, kita perlu benar-benar menghayati apakah Islam sudah meresap ke dalam jiwa untuk kita lakukan sebanyakny­a perjuangan dan pengorbana­n. Hayati makna Islam melalui lima Rukun Islam yang menjadi legasi kepada Nabi Ibrahim dan keturunan Baginda.

Pertamanya, mengucap dua kalimah Syahadah. Nabi Ibrahim satu-satunya saksi Allah SWT itu Esa dalam peristiwa Baginda mendekati kaumnya di Ur. Baginda, satusatuny­a pemuda yang beriman diheret oleh Namrud untuk menjadi saksi siapakah yang memecahkan berhala dan peristiwa itu menjadi kesaksian Nabi Ibrahim kepada keesaan Allah SWT.

Rukun Islam kedua ialah solat. Bagaimana Nabi Ibrahim AS berdoa dalam al-quran menerusi surah Ibrahim, ayat 40, yang bermaksud:

Solat begitu dekat dengan Nabi Ibrahim dan ini diwariskan kepada zuriatnya. Namun, solat kemudianny­a dicemari oleh kaum Quraisy dengan menyembah berhala di hadapan Kaabah lalu datanglah Nabi Muhammad SAW untuk membawa erti solat sebenar.

Kaitan Nabi Ibrahim dengan Rukun Islam ketiga iaitu zakat dapat dilihat menerusi anak Baginda. Firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah Maryam, ayat 55)

Berpuasa pada Ramadan penting kerana ia bulan diturunkan al-quran kepada Nabi Muhammad SAW seperti diceritaka­n dalam firman-nya yang bermaksud: (Surah al-baqarah, ayat 129)

Peristiwa penurunan al-quran ini adalah doa Nabi Ibrahim. Inilah kaitan Ramadan dengan alQuran dan doa Nabi Ibrahim.

Rukun Islam kelima ialah haji dan tidak ada perbuatan seorang hujaj melainkan ianya perbuatan Nabi Ibrahim. Melontar jamrah adalah simbolik perbuatan Nabi Ibrahim melontar syaitan ketika syaitan melambat-lambatkan Baginda untuk mengorbank­an anaknya.

Legasi Nabi Ibrahim

Manasik haji semuanya datang daripada kisah Nabi Ibrahim. Sai menggambar­kan perbuatan isteri Baginda dan tawaf kita pada binaan yang dibina oleh Nabi Ibrahim.

Semoga apa juga legasi yang ditinggalk­an Nabi Ibrahim melalui zuriat keturunann­ya dapat menjadikan kita hamba yang sanggup berkorban dan berjuang di jalan Allah SWT serta meninggalk­an segala kecintaan kepada dunia semata-mata demi meraih kebahagiaa­n di akhirat kelak.

Jadikan kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim kepada agama inspirasi buat kita berkorban meninggalk­an segala kemaksiata­n dan menyerahka­n diri kepada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia