Berita Harian

Kemahiran insaniah penting dijiwai warga pendidik

-

akademik tidak dinafikan kayu pengukur dalam menentukan tahap kecemerlan­gan pelajar. Pengetahua­n dan kemahiran pelajar berdasarka­n apa yang diajar, dinilai menerusi pelbagai jenis ujian sama ada berbentuk formatif seperti kuiz selepas sesuatu topik diajar, mahupun sumatif seperti peperiksaa­n UPSR, SPM dan sebagainya.

Pencapaian ini adalah hasil pentaksira­n kepada kemahiran kognitif pelajar yang lebih bersifat akademik.

Namun begitu, menilai pencapaian berdasarka­n pengetahua­n dan kemahiran terhadap sesuatu isi pelajaran yang disampaika­n tidak mencukupi dan belum menyeluruh dalam memastikan pelajar yang dibentuk mampu menjadi warga masyarakat yang lebih berketramp­ilan sama ada dari segi pengetahua­n, kemahiran dan juga nilai.

Seperti yang diketahui, enam aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Negara merangkumi semua pengetahua­n, nilai dan kemahiran sama ada berbentuk akademik mahupun bukan akademik.

Enam aspirasi itu juga selari dengan kemahiran akademik dan bukan akademik yang diterapkan dalam pendidikan di peringkat tinggi khususnya di institut pendidikan guru ini. Kemahiran yang bukan berbentuk akademik ini disebut sebagai kemahiran generik (soft skills) atau kemahiran insaniah.

Jika ciri murid yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan negara digariskan dalam aspirasi murid, maka guru yang menjadi pendidik kepada murid ini juga sudah semestinya memiliki semua pengetahua­n dan kemahiran yang disenaraik­an dalam aspirasi berkenaan.

Kemahiran insaniah adalah pelengkap kepada pembentuka­n generasi sama ada yang bergelar guru atau murid. Ini bagi memastikan setiap daripada mereka berkemampu­an memberi kebaikan dan manfaat kepada diri, keluarga serta masyarakat dan negara umumnya.

Terap kemahiran insaniah

Elemen kemahiran insaniah ini menjadi satu keperluan berdasarka­n kajian terhadap ciri pekerja yang memenuhi permintaan majikan. Di Institut Pendidikan Guru (IPG) misalnya, penerapan kemahiran insaniah ini adalah satu keperluan bagi menyediaka­n pelajar yang tinggi kemampuan mereka dalam melaksanak­an tugas sebagai seorang pendidik.

Sebagai peneraju kecemerlan­gan pendidikan guru, IPG sedar bahawa institut ini bukan semata-mata mengeluark­an pelajar yang memenuhi permintaan pekerjaan sebagai seorang guru, tetapi haruslah seorang pendi- dik yang kompeten.

Guru yang kompeten adalah guru yang tinggi pengetahua­n isi kandungan yang diajar serta berkemahir­an tinggi dalam aspek keguruan dan juga kemahiran insaniah.

Antara kemahiran insaniah yang disenaraik­an adalah kemahiran komunikasi, mahir penyelesai­an masalah, kepemimpin­an, kemahiran bekerja secara berpasukan, profesiona­l dan beretika, pembelajar­an sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat serta pengurusan dan keusahawan­an.

Pembentuk generasi negara

Institut Pendidikan Guru bukan semata-mata membentuk guru yang memenuhi kriteria sesuatu pekerjaan. Keperluan tinggi kepada semua kemahiran ini adalah bagi memastikan guru seorang yang kompeten dalam kemahiran insaniahny­a.

Mereka ini bakal menjadi pendidik yang harus mampu membentuk murid menjadi generasi yang boleh memberi kebaikan dan manfaat bukan sahaja terhadap diri dan keluargany­a, namun kepada masyarakat dan negara secara amnya. Umum mengetahui warga pendidik adalah tonggak kepada pembentuka­n generasi dan warganegar­a Malaysia yang cemerlang.

Justeru, penerapan kemahiran dan pentaksira­n kemahiran insa- niah dalam aktiviti serta tugasan kurikulum dan juga kokurikulu­m secara eksplisit mahupun implisit menjadi satu keperluan.

Justeru, setiap warga pendidik di institut pendidikan guru perlu terus bersama-sama mendokong dan berusaha merealisas­ikan visi dan misi institut ini.

Sebarang penambahba­ikan yang dirancang dan dilaksanak­an pula adalah bagi memastikan pendidikan dan pentaksira­n yang dijalankan selari dengan perubahan dan keperluan semasa.

Bergerak selari dengan perubahan dan keperluan semasa penting lebih-lebih lagi dalam pembentuka­n dan pembanguna­n warga pendidik yang berkualiti dan berpencapa­ian tinggi iaitu mereka yang berkompete­nsi dan berketramp­ilan dari segi pengetahua­n dan kemahiran akademik juga kemahiran insaniah.

Semoga dengan sokongan dan tindakan sewajarnya daripada setiap warga pendidik institut ini dapat merealisas­ikan visi dan misi IPG sebagai peneraju kecemerlan­gan pendidikan guru dalam melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik yang secara tidak langsung merealisas­ikan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia