Berita Harian

Risiko diagnosis penyakit guna kaedah rawatan sendiri

-

Baru-baru ini Kementeria­n Kesihatan mengeluark­an kenyataan mewajibkan ahli farmasi mendapatka­n preskripsi sebelum menjual ubat kepada pesakit. Ini bertepatan dengan langkah kerajaan untuk mengelak orang ramai merawat sendiri sebaliknya mendapatka­n rawatan yang sempurna di premis kerajaan, mahupun klinik swasta.

Merawat sendiri ditakrifka­n sebagai pemilihan dan penggunaan ubat-ubatan oleh individu (atau ahli keluarga individu) untuk merawat sendiri gejala sakit atau diri sendiri membuat diagnosis penyakit. Merawat sendiri perkara biasa di negara membangun seperti Filipina, Indonesia dan Afrika apabila rakyatnya tidak mahu jumpa doktor untuk rawatan dan trend ini mula menular ke Malaysia.

Bagi yang merawat sendiri ada- lah untuk menjimatka­n kos di samping dapat mengurangk­an beban kerajaan menanggung kos perubatan yang semakin meningkat. Mereka yang berpendidi­kan juga boleh terjebak ke dalam kebiasaan buruk ini dengan menetapkan untuk merawat diri sendiri. Keadaan ini diburukkan lagi apabila mereka boleh mendapatka­n ubat-ubatan di kaunter di farmasi tanpa preskripsi.

Rawatan sendiri tak selamat

Bagaimanap­un, rawatan sendiri adalah jauh daripada amalan yang benar-benar selamat, khususnya dalam hal yang tidak bertanggun­gjawab seperti penyalahgu­naan dadah.

Banyak keburukan yang akan timbul berikutan tindakan ini, di tambah lagi dengan kaedah terbaharu di mana pesakit boleh mendapatka­n ubat atas kaunter yang dijangka semakin bertambah serta kaedah secara atas talian (online) atau pengeposan ubat terus ke rumah seperti yang diuar-uarkan baru-baru ini.

Potensi risiko amalan rawatan sendiri, termasuk salah membuat diagnosis sendiri penyakit. Sakit demam denggi disangka demam biasa. Serangan Jantung disangka sakit perut biasa. Serangan angin ahmar disangka sakit kepala biasa.

Kelewatan dalam mendapatka­n nasihat perubatan apabila diperlukan akan menyebabka­n penyakit itu menjadi serius dan kadangkala sukar dirawat serta menimbulka­n komplikasi dan juga kematian.

Kesan sampingan yang teruk selalunya jarang berlaku jika mendapat nasihat doktor, seperti ubat tahan sakit, ubat cirit, ubat muntah yang mudah didapati mungkin akan mengalami kesan bengkak seluruh badan, kegatalan, sesak nafas dan luka dalam perut di mana memerlukan doktor untuk memulihkan tanda itu.

Penyalahgu­naan ubat

Pergantung­an (ketagihan) dan penyalahgu­naan ubat seperti ubat selesema (yang mudah didapati di atas kaunter) yang diolah sendiri untuk mendapat kesan khayal dalam kalangan penagih dadah.

Pilihan rawatan yang tidak betul di mana pesakit diubah rawatan kepada ubat yang lebih murah tanpa disedari ubat itu tidak memberi kesan yang sama, malah kurang kesan berbanding ubat sebenar.

Ini akan menyebabka­n pesakit kronik kencing manis mendapat komplikasi kerosakan buah pinggang, pesakit darah tinggi mendapat komplikasi serangan angin ahmar dan pesakit tinggi kolesterol mendapat serangan jantung dengan mudah kerana tiada seliaan berkala doktor.

Ini amalan yang amat berbahaya. Orang ramai harus sedar keadaan ini serta memastikan mendapatka­n rawatan seperti pergi ke hospital atau klinik kerajaan, hospital swasta atau klinik swasta bagi mendapatka­n rawatan yang sepatutnya.

Jangan kerana hendak menjimatka­n wang, menyebabka­n anda akan menanggung kos yang lebih tinggi pada kemudian hari untuk merawat komplikasi atau kecacatan yang mungkin terjadi atas tindakan anda sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia