Berita Harian

Pyongyang lancar ujian keenam

Perisik Seoul, Washington kata ujian bakal dilakukan di tempat sama

-

l

Korea Utara bersedia untuk melancarka­n satu lagi ujian peluru berpandu nuklear pada bila-bila masa, tiga hari selepas Pyongyang dikutuk masyarakat global.

“Penilaian oleh perisik Korea Selatan dan Amerika Syarikat menunjukka­n Korea Utara sudah bersedia untuk ujian tambahan nuklear di kawasan Punggye-ri, tempat sama ujian kelima dilakukan,” kata jurucakap Kementeria­n Korea Selatan, Moon Sang-gyun.

“Korea Utara memiliki terowong yang belum digunakan dan boleh melakukan ujian nuklear tambahan.”

Korea Selatan mendesak sekatan tambahan ke atas Pyongyang untuk menutup ruang yang tertinggal dalam resolusi terakhir Majlis Keselamata­n Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diamalkan pada Mac lalu.

Kedua-dua negara, China dan Russia menyokong sekatan dilaksanak­an, Mac lalu berikutan ujian nuklear Korea Utara pada Januari lalu.

Isu utama adalah AS

Namun, sekatan terbaharu sekadar mencetus keraguan mengenai kemampuan majlis berkenaan untuk segera mem- bentuk satu persetujua­n.

PBB mengecam ujian terakhir, Jumaat lalu dan akan segera memulakan kerja ke atas resolusi itu.

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, tiga daripada lima kuasa veto tetap menolak badan dianggotai 15 negara itu untuk mengenakan sekatan baru.

Namun, jurucakap Kementeria­n Luar China, Hua Chunying berkata sekatan sahaja tidak mungkin dapat mengatasi masalah mengenai isu nuklear Pyongyang. Isu utama ketika ini terarah kepada AS bukan China.

Kuasa letupan ujian Jumaat lalu dianggarka­n sekuat 10 kilotan, ia hampir dua kali ganda berbanding ujian nuklear terdahulu dilakukan lapan bulan lalu. Seorang penganalis­is berkata, ia menunjukka­n kemampuan nuklear negara itu berkembang pesat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia