Berita Harian

Mufti Arab Saudi diarah bersara isu kenyataan kontrovers­i

-

Riyadh: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Al Sheikh yang disifatkan sebagai radikal dipaksa bersara berikutan kenyataan kontrovers­i beliau, baru-baru ini, lapor akhbar tempatan, semalam.

Akhbar Rai al-youm yang berpangkal­an di London melaporkan, kenyataan Al Sheikh menyifatka­n Syiah Iran sebagai ‘bukan Islam’ mencetus ‘rasa tidak puas hati’ di kalangan orang awam dan beberapa pegawai di Arab Saudi.

Media Arab secara rasmi, Sabtu lalu mengumumka­n Al Sheikh tidak akan menyampaik­an khutbah haji tahun ini selepas lebih tiga dekad memikul tanggungja­wab itu. Beliau mula menyampaik­an khutbah sejak 1981.

Akhbar Al-riyadh melaporkan, tugas beliau akan dipikul ulama lain. Tetapi akhbar itu tidak menjelaska­n mengapa mufti besar itu tidak menyampaik­an khutbah tahun ini.

Menurut akhbar itu, bekas Pengerusi Majlis Syura dan Penasihat Diraja, Sheikh Saleh Hamid disebut bakal menggantik­an Al Sheikh tetapi semalam tugas itu dipikul Sheikh Abdul Rahman al-sudais.

Tiada persamaan

Al-sheikh mengajar fahaman Wahabi sebuah ideologi radikal yang memberi inspirasi kepada beberapa kumpulan pengganas di seluruh dunia.

Kenyataan beliau berhubung Syiah Iran mendapat reaksi balas daripada Menteri Luar, Mohammad Javad Zarif yang mengaitkan hubungan antara fahaman Wahabi dan kumpulan pengganas.

“Memang tiada persamaan antara Islam yang diamalkan Iran dengan Wahabi,” katanya.

Jemaah dari Iran tidak menghadiri haji tahun ini kerana bimbang dengan tahap keselamata­n oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Satu rempuhan berdarah ketika musim haji, tahun lalu mengakibat­kan lebih 7,000 terkorban, termasuk 465 dari Iran, menurut kenyataan Tehran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia