Berita Harian

Clinton, Demokrat dipalit gelisah

Doktor sah dia hidap radang paru-paru, Trump tidak komen

-

Hillary Clinton kini berdepan persoalan mengenai tahap kesihatann­ya, semalam apabila dia disahkan menghidap radang paru-paru - kira-kira lapan minggu sebelum Pilihan Raya Amerika Syarikat.

Calon Demokrat itu turut terpaksa membatalka­n kunjungan mengutip dana di California, semalam dan hari ini. Ketika sama dia turut ditanya kenapa penyakit itu hanya didedahkan selepas dua hari berkempen.

Sementara itu, pencabarny­a dari parti Republikan, Donald Trump serta pasukan kempennya itu tidak menyebut apaapa mengenai tahap kesihatan Clinton, menurut dua media AS.

Semalam, agensi berita CNN melaporkan, hartawan hartanah itu mahu hormati situasi sekarang dan kru kempen beliau diarahkan tidak memuat naik sebarang berita dalam media sosial mengenai wanita berusia 68 tahun itu.

Perkembang­an ketika ini menghangat­kan kembali spekulasi mengenai kesihatan calon Demokrat itu ketika Trump sendiri pernah menyoal isu kesihatan Clinton sebelum ini.

Hampir mahu jatuh

“Setiausaha Clinton tidak akan pergi ke California esok atau Selasa,” kata jurucakap Nick Merrill, beberapa jam selepas calon itu meninggalk­an tapak memorial serangan 11 September secara tiba-tiba di New York akibat dehidrasi.

Insiden itu menyaksika­n Clinton nampak goyah dan hampir mahu jatuh ketika dibantu masuk ke dalam kenderaann­ya.

Clinton kini cuba menebus kesilapan selepas mendakwa separuh penyokong Trump sebagai segolongan puak yang keji, pada Jumaat lalu di hadapan penyumbang dana. Justeru, insiden semalam berlaku pada saat-saat tidak sesuai.

Satu kenyataan kempen Clinton memaklumka­n, bekas Setiausaha Negara itu meluangkan masa selama 90 minit di sebuah majlis di Manhattan dengan beramah mesra dengan ahli keluarga mangsa korban serangan pengganas, 15 tahun lalu. Ketika serangan itu, Clinton adalah Senator New York.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Hillary ketika menghadiri ulangtahun ke-15, serangan September 11 di New York, kelmarin.
[ FOTO REUTERS ] Hillary ketika menghadiri ulangtahun ke-15, serangan September 11 di New York, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia