Berita Harian

Ratu Amerika minta calon presiden amal dasar kompromi

-

Bandar Raya Atlantic: Sejurus selepas dimahkotak­an selaku pemenang Ratu Amerikat, Savvy Shields sudah pun ada visi jelas mengenai wajah Amerika pada akhir tahun depan.

“Saya berharap pada penghujung kerjaya saya, kita akan mula menghargai ahli politik kerana sifat kompromi mereka,” katanya.

Shields mewakili Arkansas dalam pertanding­an ratu cantik dan dimasyhurk­an selaku juara di Bandar Raya Atlantic, New Jersey.

Ketika temu bual di atas pentas, beliau ditanya mengenai pandangann­ya terhadap calon Presiden Demokratik, Hillary Clinton.

Beliau menjawab, Clinton dan calon Presiden Republikan, Donald Trump melaksanak­an tugas dengan baik setakat ini tetapi mereka juga perlu berjaga-jaga dengan apa yang mereka buat.

Dalam pertemuan dengan wartawan selepas pertanding­an itu, Shields mengulas lanjut. “Saya mahu kedua-dua calon menumpukan aspek boleh berkomprom­i,” katanya.

“Negara kita diasaskan atas nilai kompromi. Walaupun dalam satu negara, kita saling memaki hamun antara satu sama lain.”

Jadi pemimpin dunia bebas

Pagi semalam, Shields memakai pakaian tradisi aktiviti luncur air di pantai Atlantic dari Boardwalk Hall di mana beliau memakai mahkota kemenangan.

Ia adalah satu amalan untuk setiap Ratu Amerika baharu di pantai itu. Mereka akan bergaya untuk beratus-ratus sesi rakaman gambar pertama dan banyak lagi sesi rakaman, sepanjang tahun depan.

Beliau mengatasi 52 peserta lain untuk menang mahkota dan gelaran Ratu Amerika 2017, menggantik­an ratu sebelumnya, Betty Cantrell.

Beliau turut ditanya beberapa soalan politik oleh panel hakim selebriti.

“Jika kamu mahu menjadi pemimpin dunia bebas, apa yang kamu kata amat penting dan semua tindakan kamu memerlukan standard tinggi,” kata Shields.

“Kedua-dua calon sudah melakukan tugas yang baik tetapi mereka perlu berhatihat­i dengan apa yang mereka laksanakan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia