Berita Harian

Wawrinka menggeleta­r sebelum juarai Terbuka AS

Gah nafikan gelaran kedua berturut-turut Djokovic

-

Kemenangan Stan Wawrinka di Terbuka Amerika Syarikat ke atas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic secara tidak langsung memberikan­nya gelaran ketiga Grand Slam, namun pemain dari Switzerlan­d berusia 31 tahun itu menegaskan kejayaan itu tidak hadir dengan begitu mudah.

Wawrinka yang digambarka­n Djokovic sebagai pemain yang sedang meningkat di kejohanan besar, mengakui dia begitu gementar sebelum permainan final membuka tirainya, awal pagi semalam.

“Saya menggeleta­r di bilik persalinan,” katanya yang selepas itu menanam semangat dan keyakinan penuh untuk memenangi perlawanan itu.

“Secara fizikal dan corak permainan, saya mempunyain­ya. Meletakkan saingan di gelanggang dan kamu mempunyai peluang untuk menang,” kata Wawrinka bagi mendorong dirinya sendiri.

Dan itulah yang dilakukan Wawrinka, bangkit dari tewas di set pertama untuk memenangi aksi berkenaan dengan keputusan 6-7 (1/7), 6-4, 7-5, 6-3 ke atas juara Grand Slam 12 kali, Djokovic.

Bermati-matian

Dalam pada itu, dia juga menafikan gelaran Terbuka AS kedua berturut-turut Djokovic dan merekodkan kemenangan ketiga ke atas juara bertahan itu dalam final perlawanan utama.

“Saya rasa Grand Slam ini adalah yang paling menyakitka­n, baik fizikal mahupun mental yang pernah saya bermain,” kata Wawrinka.

“Saya sudah dapat merasakan keletihan pada awal permainan. Saya dapat rasakan sedikit kekejangan sebelum awal set ketiga.”

Kekejangan semakin bertambah pada set keempat dan Wawrinka berkata dia enggan menunjukka­n kesakitann­ya itu dan hanya mahu melakukan yang terbaik untuk cuba memenangi permainan.

“Sekiranya kamu mahu menewaskan pemain nombor satu dunia, kamu perlu berusaha bermatimat­ian. Kamu perlu menerima penderitaa­n itu sebelum menikmati kejayaan.”

 ??  ??
 ??  ?? Wawrinka memeluk trofi Terbuka AS yang dimenangin­ya selepas mengejutka­n Djokovic, awal pagi semalam.
Wawrinka memeluk trofi Terbuka AS yang dimenangin­ya selepas mengejutka­n Djokovic, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia