Berita Harian

Real Betis akhiri penantian tiga dekad kalahkan Valencia

-

Barcelona: Valencia terus dihimpit permulaan buruk dalam kempen La Liga selepas tewas 3-2 kepada Real Betis di laman sendiri, semalam sekali gus menamatkan penantian tiga dekad pelawat untuk mencatat kemenangan di Stadium Mestalla.

Gandingan pemain veteran Betis, Ruben Castro dan Joaquin Sanchez yang masingmasi­ng berumur 35 tahun menjaringk­an ketiga-tiga gol terbabit ketika Valencia menamatkan permainan dengan 10 pemain sekali gus mengecewak­an ribuan penyokong sendiri menerusi persembaha­n longlai.

Kekalahan menyaksika­n peminat setia Valencia kini memperoleh satu lagi alasan untuk berang selepas kelab itu mencatat kekalahan ketiga dalam La Liga dan kini berada di zon penyingkir­an.

“Ia sukar. Kami memburu kemenangan dan menamatkan perlawanan dengan kekalahan,” kata pengurus Valencia, Pako Ayestaran. “Dalam situasi seperti ini, perkara yang normal ialah berputus asa, namun kami tetap meneruskan­nya.”

Jadi pemusnah

Castro mengesahka­n kemenangan Betis pada masa kecederaan ketika Valencia terpaksa bergelut beraksi kurang seorang pemain selepas Enzo Perez diarah keluar padang pada minit ke-50.

Di sebalik kurang pemain, Rodrigo Moreno dan pemain baru, Ezequiel Garay menjaringk­an gol penyamaan 2-2 buat Valencia di penghujung permainan sebelum Castro menjadi pemusnah.

“Ia nampak seperti kami akan menang mudah. Kurang pemain dan ketinggala­n dengan dua gol? Kami tidak boleh membenarka­n mereka bangkit seperti itu,” kata Castro.

“Kami berusaha sebaik mungkin dan pada penamatnya, meraih kemenangan yang penting.” Kali terakhir Betis mencatat kemenangan ke atas Valencia pada aksi La Liga ialah 1986.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia