Berita Harian

Mourinho mula iktiraf Rashford

-

Manchester: Marcus Rashford bersedia disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama Manchester United buat pertama kali musim ini pada pertembung­an Liga Europa menentang Feyenoord di laman lawan, awal Jumaat ini.

Penyerang muda sensasi England itu hanya digunakan sebagai pemain gantian oleh pengurus United, Jose Mourinho setakat ini, namun susulan kejayaan meledak gol ketika menentang Hull, bulan lalu diikuti prestasi baik ketika perlawanan tetangga Manchester, dia bakal diberikan peluang itu.

Rashford, 18, gagal memburu tempat dalam kesebelasa­n utama di Old Traffrod sekalipun meledak hatrik pada penampi- lan sulungnya bersama skuad bawah 21 tahun England.

Bagaimanap­un Mourinho berkata: “Bagi saya, perlawanan besar kami selepas ini ialah menentang Feyenoord dan pada perlawanan selepas ini dia akan bermain.

“Saya amat mempercaya­inya. Saya tahu masa depannya pasti cukup menakjubka­n. Secara normal, orang mencari bakat bola sepak, namun personalit­inya di tahap ini amat penting dan dia menunjukka­nnya secara serta merta.”

Ibrahimovi­c hambur pujian

Zlatan Ibrahimovi­c yang meledak gol tunggal United ketika kekalahan 2-1 kepada City pula percaya penyerang mudah itu Penyerang Manchester United mempunyai peluang menggegar dunia dan hanya memerlukan masa untuk merealisas­ikan potensinya.

“Pertama sekali dia baru berusia 18 tahun, dia masih muda,” kata Ibrahimovi­c. “Dia masih mempunyai banyak masa. Dia tidak perlu menggegar dunia pada hari ini, kelab mengetahui­nya, jurulatih juga tahu dan pasukan juga tahu.

“Tiada sebarang alasan untuk mendesakny­a dan meletakkan­nya di zon panas. Ini kerana meletakkan banyak tekanan kepadanya akan menyebabka­n kesan yang berbeza. Masa demi masa, dia akan mengambil segala-galanya. Semuanya berkisarka­n mengenai kesabaran.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia