Berita Harian

Conte puji kesabaran Costa

Bantu The Blues kekalkan rekod tanpa kalah

-

Bos Chelsea, Antonio Conte memuji ‘kesabaran’ Diego Costa selepas menuduh pemain Swansea berusaha memprovoka­sinya ketika pertembung­an di Wales yang berakhir seri 2-2, awal pagi semalam.

Costa meledak dua gol untuk membantu Chelsea mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam kempen Liga Perdana Inggeris termasuk gol penyamaan sembilan minit sebelum permainan tamat.

Di sebalik perlawanan penuh menarik, ia dianggap kontrovers­i buat Costa apabila dia sudah pun dilayangka­n kad kuning pada babak pertama selepas mengasari Leroy Fer sebelum terlepas kesalahan kedua selepas didapati sengaja menjatuhka­n badan.

“Saya terkejut tiada pemain mereka yang diarahkan keluar padang,” kata Conte selepas pengadil Andre Marriner melayangka­n tiga kad kuning kepada pemain Swansea ketika perlawanan itu.

Bukan mudah

“Saya tidak mahu mengulangi perkara ini, namun selepas perlawanan, saya ditanya mengenainy­a. Saya ditanya mengenai kesabaran Diego Costa dan saya boleh memberitah­u kamu yang dia bijak mengawal situasi selepas banyak dikasari sejak minit pertama hingga akhir.

“Ia sukar namun dia menunjukka­n kepada saya dan rakan sepasukann­ya yang dia mempunyai kesabaran yang tinggi dan ia bukan mudah untuknya. Saya fikir dia menjadi sasaran pemain pertahanan.

“Mereka mengenalin­ya dan kadang kala cuba melakukan provokasi. Ia situasi yang normal. Diego adalah pemain dengan kesabaran yang tinggi dan mereka juga cuba untuk mencabar kesabarann­ya, namun inilah bola sepak.”

Chelsea terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Costa pada minit ke-16 sebelum disamakan Swansea hasil sepakan penalti Gylfi Sigurdsson pada minit ke-59 dan kembali di depan menerusi Fer, tiga minit kemudian.

Pada perlawanan itu, kapten pasukan John Terry turut berdepan kecederaan buku lali di penghujung perlawanan dan akan menjalani ujian susulan. SENARAI PENJARING

 ??  ?? Costa buktikan sentuhanny­a masih berbisa apabila berjaya jaringkan dua gol, awal pagi semalam.
Costa buktikan sentuhanny­a masih berbisa apabila berjaya jaringkan dua gol, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia