Berita Harian

SSMBJ menang bergaya

-

Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil (SSMBJ) muncul juara Liga Super Piala Menteri Pendidikan Malaysia bawah 14 tahun (B-14) dengan penuh bergaya selepas menundukka­n SSM Tunku Mahkota Ismail (SSMTMI) 3-0, Sabtu lalu.

Kekalahan 0-1 dialami pencabar terdekat, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh (SMKST) kepada SMK Seksyen 11 membolehka­n skuad bimbingan Wan Rohaimi Wan Ismail itu mengesahka­n kejuaraan walaupun masih berbaki satu perlawanan.

SSMBJ kini mengumpul 34 mata, lima mata mengatasi SMKST yang berada di tangga kedua dengan 29 mata.

Kelompok tiga teratas

Pada aksi di padang Majlis Sukan Negara (MSN), jaringan Harith Haikal Adam Afkar meletakkan SSMBJ mendahului 1-0 di babak pertama, sebelum Naven Raj Kanan menjaringk­an dua gol pada minit ke-47 dan 67 untuk memastikan SSMBJ melakar kemenangan keempat berturut-turut.

Sementara itu, perebutan tempat ke suku akhir Piala KPM juga lengkap selepas tiga pasukan termasuk SMK Bukit Nenas, SMK Seksyen 11 dan SSMTMI mara mengiringi SSMBJ dan SMKST yang sudah mengesahka­n kemaraan lebih awal.

Dalam aksi Liga Perdana Piala Menteri Pendidikan pula, SMK Gunung Rapat (SMKGR) terlepas peluang bergelar juara lebih awal apabila tewas 1-2 kepada SMK Tunku Anum di gelanggang sendiri di Ipoh.

SMKGR mendahului menerusi jaringan Afiq Firdaus Abdul Rahim pada minit ke-17, sebelum pasukan pelawat dari Kedah itu bangkit menjaringk­an dua gol pada minit ke-32 menerusi Amir Syukri dan Syafiq Aiman minit ke-66.

SMKGR yang mengumpul 31 mata dan hanya dua mata sahaja mengatasi SMK Seri Kota (SMKSK) dari Melaka yang membelasah SMK Mutiara Impian dari Pulau Pinang 4-0.

SSM Pahang pula mengesahka­n kedudukan dalam kelompok tiga teratas meskipun keputusan seri tanpa jaringan menentang MSS Putrajaya dan turut melengkapk­an slot suku akhir.

 ??  ?? Pemain SMK Seberang Temerloh (hijau) diasak dua pemain dari SMK Seksyen 11 ketika merebut bola di udara.
Pemain SMK Seberang Temerloh (hijau) diasak dua pemain dari SMK Seksyen 11 ketika merebut bola di udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia