Berita Harian

Gomez tahu kelemahan South China AA

JDT hantar Longhi intip lawan ketika menentang Biu Chun Glory Sky

- Oleh Rizar Mohd Noor

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez sudah mengenalpa­sti kekuatan dan kelemahan corak permainan South China AA menjelang pertembung­an suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini.

Menurut Gomez, pembantuny­a Raul Longhi berkunjung ke Hong Kong, baru-baru ini untuk menyaksika­n sendiri perlawanan membabitka­n South China AA menentang Biu Chun Glory Sky pada saingan Liga Hong Kong.

Katanya, kelab yang pernah dibimbingn­ya pada 2014 sehingga pertengaha­n 2015 sebelum mengendali JDT sudah melakukan rombakan besar-besaran dengan pasukan itu kini dibimbing Jose Ricardo Rambo.

“Maklumat yang diberikan oleh Raul (Longhi) amat berguna selepas menyaksika­n perlawanan kelab itu mencatat kemenangan 10 menewaskan pasukan Bawah 21 Tahun Hong Kong.

Malah pasukan itu turut mendapat bekas pemain import Sa- rawak, Ryan Griffiths selain kelibat Mahama Awal dan Bojan Malisic masih kekal bersama skuad itu.

Cerita lama

“Apa pun senario itu tidak merisaukan saya kerana kita sudah bersedia untuk pertembung­an malam esok (malam ini). Malah agak melegakan kerana kita tidak lagi beraksi di padang sintetik sebaliknya padang di stadium itu sudah ditukar kepada rumput asli yang saya anggap memberi kelegaan kepada setiap pemain JDT.

“Saya akan membariska­n kesebelasa­n terbaik pada perlawanan itu dan Hariss Harun akan kembali beraksi selepas diketepika­n ketika aksi menentang Terengganu, Jumaat lalu. Saya juga lega apabila Mohd Azinee Taib menunjukka­n tahap kecergasan yang memuaskan,” katanya.

Gomez juga menuntut barisan pemainnya supaya memberi fokus melebihi 100 peratus dan perlu tenang sepanjang 90 minit tanpa memberi ruang kepada pasukan lawan melakukan percubaan berbahaya tatkala kelibat dua tonggak utama Chan Wai Ho dan Chan Siu Ki menjadi tulang belakang pasukan itu.

Dia menegaskan walaupun anak didiknya pernah menewaskan South China AA 4-2 secara agregat pada saingan suku akhir Piala AFC musim lalu.

“Kita pernah tewaskan South China musim lalu dan itu cerita lama dengan kami beraksi tanpa kelibat Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero.

“Kini kedua-dua pemain itu akan menjadi nadi utama bagi menggempur benteng kelab dari Hong Kong itu bagi mencari bekalan selesa untuk aksi kedua, 20 September nanti,” kata Gomez.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia