Berita Harian

Safiq tuntut rakan lebih waspada

-

Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukan supaya lebih berwaspada dengan ancaman South China AA yang dijangka memberi tentangan sengit pada suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Mongkok, malam ini.

Menurutnya, kejayaan Harimau Selatan melakar sejarah dengan menjuarai Liga Super tiga kali berturuttu­rut harus memberi lebih motivasi kepada dirinya dan rakan sepasukan untuk mempertaha­nkan Piala AFC yang dimenangi musim lalu.

Namun, dia menegaskan tidak boleh terlalu leka dengan kejayaan itu, sebaliknya perlu berkerja keras memburu kemenangan bagi mencari bekalan selesa untuk aksi kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, 20 September ini.

“Kami akan turun dengan misi mencari bekalan yang selesa pada aksi suku akhir pertama dan tidak dinafikan kelab dari Hong Kong itu ingin membalas dendam kekalahan 4-2 pada musim lalu.

Kekal disiplin

“Apa yang penting kita perlu kekalkan momentum dengan corak permainan konsisten dan mengikut arahan taktikal ketua jurulatih, Mario Gomez. Walaupun persiapan agak singkat namun kita akan tetap memberi persembaha­n terbaik.

“Kami juga perlu juga kekalkan disiplin apabila beraksi kerana ia faktor penting untuk mencari kemenangan malah saya lihat rakan sepasukan tampak sudah bersedia bagi perlawanan ini,” katanya.

Safiq yang dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) ketika aksi final musim lalu optimis kesebelasa­n utama yang bakal diturunkan oleh Gomez tidak akan mengecewak­an memandangk­an laluan untuk mempertaha­nkan kejuaraan Piala AFC tampak positif dan hanya perlu konsisten sepanjang perlawanan itu nanti.

 ??  ??
 ??  ?? Hariss (kiri) akan kembali beraksi selepas digantung perlawanan.
Hariss (kiri) akan kembali beraksi selepas digantung perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia