Berita Harian

Mat Zan belum puas pacu kejayaan MU

Tekad terus mencipta magis dalam bantu pasukan lakar kejayaan yang lebih besar pada saingan Liga Super musim depan

- Oleh Nazri Abu Bakar

Jurulatih Melaka United (MU), Mat Zan Mat Aris berazam untuk terus mencipta magis dalam membantu pasukan berkenaan melakar kejayaan yang lebih besar pada saingan Liga Super musim depan.

Baginya, kejayaan manis membawa pasukan itu melangkah ke Liga Perdana musim lalu daripada kancah Liga FAM dan ke Liga Super musim depan antara pengalaman mencabar buatnya dalam rentetan perjalanan kerjaya kejurulati­han bola sepak anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu.

Malah bekas jurulatih Kuala Lumpur, KL Plus, Telekom Melaka, Terengganu dan Harimau Muda B itu mengakui kejayaan berkenaan amat menggembir­akan berikutan meletakkan skuad Hang Tuah berada dalam skuad elit selepas lima musim di kancah Liga FAM dan semusim di Liga Perdana.

“Pastinya saya mahu mengulangi kejayaan membantu Kuala Lumpur menjulang Piala FA 1999 dan Piala Sumbangsih 2000 serta menjulang Piala Malaysia ketika membimbing Terengganu pada 2001.

Bukan asing

“Saya pasti kejayaan mampu diraih MU pada saingan musim depan dengan syarat pemain mampu membentuk sentuhan terbaik dengan gaya lebih memberangs­angkan berikutan setiap lawan memiliki kualiti permainan yang jauh berbeza berbanding Liga Perdana,” katanya.

Menurutnya, dia juga teruja dengan sokongan peminat MU yang tidak pernah jemu memberi semangat dan dorongan kepada pemain untuk mencipta kejayaan.

Mat Zan berkata, mungkin ramai yang terlupa dia pernah berada di bandaraya bersejarah itu ketika melatih Telekom Melaka pada 2003 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2001- 2007 sebelum membimbing KL Plus 2008 -2010, Pos Malaysia 2011, Terengganu 2012 dan Harimau Muda B 2013-2014 sebelum mengambil keputusan untuk bersama MU tahun lalu.

Baginya, Melaka bukan lagi asing buatnya, sambil mengharapk­an dia mampu untuk terus menceriaka­n penyokong pasukan itu musim depan.

Apapun, keputusan meletakkan jawatan bersama Harimau Muda B untuk mengendali skuad Hang Tuah amat sukar dilakukan, namun dia menyahut cabaran untuk mengembali­kan kegemilang­an Melaka atas penjenamaa­n semula demi memastikan pasukan itu kembali berada dalam liga elit di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia