Berita Harian

Negeri Sembilan yakin kejutkan Helang Merah

- - Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Kehadiran semula dua tonggak, Alex Smith dan Goran Jerkovic menyaksika­n Negeri Sembilan lebih optimis untuk melakar kejutan dengan membenam Kedah pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu ini.

Pengurus pasukan, Satwant Singh, mengakui kehadiran keduadua pemain berkenaan membolehka­n persiapan pasukan bagi menghadapi Kedah dapat dilakukan dengan lebih lancar dan meyakinkan.

Katanya, biarpun terdapat pemain tempatan boleh menjadi sandaran termasuk A Aroon Kumar, Mohd Izzuddin Zainuddin dan Sabri Sahar di bahagian tengah serta Mohd Afiq Azmi dan Mohd Rahizi Mohd Rasib di bahagian serangan, namun mereka belum cukup berwibawa untuk menggalas tugas getir ber- depan Kedah.

“Sebagaiman­a kita tahu skuad Helang Merah memiliki barisan pemain yang lebih berwibawa termasuk di bahagian serangan selain pasukan itu antara pencabar terkuat saingan Liga Super berbanding kita dari Liga Perdana.

Banjiri stadium

“Bagaimanap­un, tanpa Alex dan Jerkovic pada aksi suku akhir pertama (28 Ogos lalu), kita berjaya mempertaha­nkan kubu daripada dibolosi.

“Kehadiran semula keduadua pemain berkenaan dalam kesebelasa­n utama membolehka­n kita membariska­n pasukan lebih mantap sekali gus melakar kejutan,” katanya semalam.

Satwant bagaimanap­un mengakui skuad itu bakal berdepan tugas mencabar kerana selain berdepan 11 pemain lawan, anak buah Gary Michael Phillips akan ‘menentang’ puluhan ribu penyokong Kedah yang akan membanjiri Stadium Darul Aman.

“Apapun pemain sudah diingatkan perlunya mereka memiliki kekuatan mental untuk menghadapi situasi itu. Apa yang penting pemain tidak hilang fokus sebaliknya beraksi seperti biasa dan berusaha menterjema­hkan strategi yang dirancang jurulatih,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Jerkovic (kanan) menghalang cubaan pemain Kuala Lumpur, Leonardo Moriera pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Sabtu lalu.
Jerkovic (kanan) menghalang cubaan pemain Kuala Lumpur, Leonardo Moriera pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia