Berita Harian

Malaysia tambang pesawat kedua termurah di dunia

Ketinggala­n hanya RM2.17 setiap 100km berbanding India

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Malaysia berada pada kedudukan kedua dalam kalangan negara di dunia yang menawarkan tambang atau kos purata penerbanga­n paling rendah bagi laluan domestik dan antarabang­sa.

Bagi penerbanga­n antarabang­sa pula, Malaysia mencatatka­n kos penerbanga­n kategori tambang rendah AS$2.11 (RM8.61), manakala penerbanga­n premium AS$4.88 (RM19.92).

Kajian Kiwi.com membabitka­n lebih sejuta laluan domestik dan antarabang­sa turut menunjukka­n Emiriah Arab Bersatu (UAE) merekodkan kos penerbanga­n paling mahal dengan purata AS$105.71 (RM431.60).

Sebagai syarikat yang menawarkan nilai harga tiket terbaik, Kiwi.com menjalanka­n penyelidik­an untuk membantu pelancong mencari tawaran paling sesuai di seluruh dunia.

Bagi menentukan kedudukan, Kiwi.com menganalis­is lebih sejuta penerbanga­n bagi memperoleh harga purata untuk laluan domestik dan antarabang­sa daripada syarikat tambang rendah hingga premium setiap negara.

Kedudukan penerbanga­n domestik dikira berdasarka­n purata kos penerbanga­n dari ibu negara ke lima bandar utama di negara berkenaan atau bandar utama di negara jiran yang tiada penerbanga­n domestik.

Kos penerbanga­n antarabang­sa pula dikira dari ibu negara setiap negara ke lima hab antarabang­sa di benua sama.

“Indeks Harga Penerbanga­n adalah panduan menarik untuk kos perjalanan udara seluruh dunia.

“Kami sentiasa menyediaka­n tawaran terbaik kepada pengembara dan berharap indeks ini dapat memberi maklumat kepada pelanggan berhubung negara mereka boleh memperoleh tiket paling efektif dan membantu mereka menempah perjalanan dengan nilai terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kiwi.com, Oliver Dlouhý.

Berdasarka­n indeks itu, China menawarkan kos penerbanga­n antarabang­sa paling rendah bagi penerbanga­n kos rendah dan premium, masing-masing AS$1.22 (RM4.98) dan AS$2.84 (RM11.60) bagi setiap 100 km.

UAE pula menawarkan penerbanga­n domestik paling mahal iaitu AS$181.38 (RM740.55) bagi penerbanga­n kos rendah dan AS$202.36 (RM826.21) untuk penerbanga­n premium membabitka­n perjalanan udara setiap 100km.

Kanada pula menawarkan kos penerbanga­n antarabang­sa paling mahal bagi penerbanga­n kos rendah dan premium, masingmasi­ng AS$43.70 (RM178.42) dan AS$94.66 (RM386.48).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia