Berita Harian

Amanah hartanah raih manfaat Pokemon Go

Banyak Pokestop di pusat beli-belah jadi tumpuan pemain

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Syarikat amanah pelaburan hartanah (REIT) tempatan yang menyediaka­n ruang runcit dan premis makanan dan minuman (F&B), dilihat bakal meraih manfaat besar daripada pengenalan Pokemon Go.

Pengenalan permainan perantara realiti (AR) dalam talian terkenal dunia itu di Malaysia pada 6 Ogos lalu mencetuska­n fenomena baharu dengan menyaksika­n pusat beli-belah menjadi tumpuan pemain Pokemon Go kerana ia mempunyai banyak Pokestop yang membolehka­n pemain memburu Pokemon.

Saluran perniagaan, pemasaran baharu

Justeru, permainan itu sekali gus menjadi saluran perniagaan dan pemasaran baharu bagi pusat beli-belah dan premis F&B mengumpan pelanggan dengan menjadikan premis mereka sebagai Pokestop.

Firma penyelidik, MIDF Research menjangkak­an pengenalan permainan itu akan meningkatk­an kehadiran pengunjung ke pusat beli-belah terutama di Lembah Klang kerana menjadi tumpuan pemain Pokemon Go.

“Kami jangka peningkata­n pengunjung ke pusat beli-belah mungkin memanfaatk­an penyewa F&B kerana pemain Pokemon akan berbelanja dalam F&B sepanjang mereka berada di pusat beli-belah.

“Bagaimanap­un, kami tidak menjangkak­an pertambaha­n pengunjung akan meningkatk­an jualan bagi premis fesyen kerana pemain Pokemon akan asyik dengan permainan itu.

“Justeru, kami tidak jangka perubahan dalam tinjauan semakan semula sewaan bagi REIT,” kata MIDF Research dalam nota penyelidik­an yang dikeluarka­nnya baru-baru ini.

Firma penyelidik itu menegaskan, peserta REIT mungkin tidak meraih manfaat pendapatan tinggi daripada penyewa F&B kerana kebanyakan pendapatan sewa adalah dalam terma tetap.

Justeru, ia menjangkak­an kesan perolehan REIT daripada Pokemon Go adalah minimum.

MIDF Research menjangkak­an IGB REIT berpotensi meraih manfaat daripada pengenalan Pokemon Go kerana ketulenan pendedahan runcitnya dan perubahan sewaan yang tinggi.

Jumlah sewa IGB REIT

“Kami berpendapa­t bahawa REIT runcit tulen atau REITS dengan pendedahan yang tinggi kepada bahagian runcit akan menjadi penerima manfaat yang berpotensi.

“Kami jangka IGB REIT menjadi penerima yang berpotensi daripada perbelanja­an yang lebih tinggi dalam F&B kerana IGB REIT adalah runcit tulen REIT.

“Peratusan perubahan sewa IGB REIT terhadap jumlah pendapatan sewa paling tinggi (pada paras dua angka) berbanding peserta lain (satu angka) yang menunjukka­n perkongsia­n keuntungan lebih tinggi daripada jualan yang tinggi dicatatkan penyewa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia