Berita Harian

CAEXPO strategi promosi produk tempatan ke China

Penyertaan Malaysia dalam ekspo mampu tembusi pasaran bandar tier kedua, ketiga

-

“Kita melihat potensi besar bandar tier kedua dan ketiga di China seperti Nanning, Kunming, Chengdu, Zhuhai, Nanjing dan Tienjing yang semakin berkembang kuasa beli, sekali gus berpotensi dalam meningkatk­an jumlah eksport Malaysia ke China.

“Pada masa sama juga hubungan dagangan dengan bandar tier pertama seperti Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Beijing yang sudah lama terjalin juga tetap akan diteruskan,” katanya di CAEXPO ke13 di sini, semalam.

Platform e-dagang

Wan Latiff berkata, strategi lain yang turut ditekankan bagi meningkatk­an eksport ke China ialah penerokaan pasaran menerusi platform e-dagang yang berkembang pesat.

“MATRADE menyediaka­n platform e-trade bagi mengajak syarikat Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk mereka secara dalam talian.

“Menerusi e-trade ini kita menjalinka­n kerjasama dengan platform e-dagang di China seperti Alibaba.com,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalinka­n kerjasama dengan syarikat dan konglomera­t perdaganga­n milik kerajaan China yang menunjukka­n mi- nat untuk membuat pelaburan di Malaysia terutama dalam sektor halal, eletronik dan komponen automotif.

“Kita mahu galakkan syarikat pengeluar di China buka kemudahan untuk pengeluara­n produk Malaysia dan eksport ke negara lain, kerana Malaysia mempunyai kelebihan akses pasaran terutama produk halal,” katanya.

Promosi segmen gaya hidup

Sementara itu Pengarah Bahagian Promosi Unit Gaya Hidup MATRADE, Abu Bakar Yusof, berkata pihaknya melihat potensi besar pemasaran produk bagi segmen gaya hidup menerusi penyertaan di CAEXPO.

“Ini kali pertama penyertaan kita bagi mempromosi­kan segmen gaya hidup pada ekspo ini yang turut digunakan bagi menguar-uarkan acara Minggu Fesyen Malaysia yang akan diadakan November nanti.

“Sebab utama adalah kerana kita tahu pasaran China yang besar, jadi ini menjadi peluang untuk kita menarik penyertaan dan pembeli dari China untuk datang ke acara terbabit nanti.

“Tahun lalu eksport bagi produk gaya hidup meningkat 13 peratus dan bagi separuh pertama tahun ini eksport sama mencatat peningkata­n dua angka sebanyak 10 peratus,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHRUL M ZAIN/BH] ?? Pengunjung mendapatka­n penerangan daripada usahawan Malaysia di Malaysia pavilion sempena CAEXPO di Nanning.
[FOTO SHAHRUL M ZAIN/BH] Pengunjung mendapatka­n penerangan daripada usahawan Malaysia di Malaysia pavilion sempena CAEXPO di Nanning.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia