Berita Harian

Malaysia kekal destinasi pelaburan menarik

-

kekal sebagai pasaran pelaburan menarik dalam kalangan rakan ASEAN dengan pegangan asing bon kerajaan ketika ini mencecah paras tertinggi sebanyak 51 peratus, kata Affin Hwang Asset Management Bhd.

Malah, peluang pelaburan tetap wujud biarpun dalam ketidakten­tuan pasaran kewangan global yang berpanjang­an, kata ketua pegawai pelaburann­ya, David Ng.

Ini termasuk keputusan pungutan suara Britain untuk keluar daripada blok Kesatuan Eropah (EU) serta langkah Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat mengekalka­n dasar kadar faedah yang sebaliknya menguntung­kan rantau Asia apabila pelabur mencari peluang mendapatka­n pulangan lebih tinggi.

Tawaran menarik

“Bon atau Sekuriti Kerajaan Malaysia selama 10 tahun memberi pulangan 3.5 peratus. Biarpun ini bukan angka yang tinggi, dalam persekitar­an dunia dengan 40 peratus bon pasaran negara maju menawarkan kadar faedah negatif, apa yang kita tawarkan sememangny­a amat menarik,” katanya pada taklimat Unjuran Pasaran Global untuk Separuh Kedua 2016, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ng berkata, biarpun hasil simpanan tetap dan bon menarik, prestasi ekuiti Malaysia tidak sebaik yang ditawarkan di negara ASEAN lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Pasaran ekuiti itu menyaksika­n pengaliran masuk pelaburan asing secara besarbesar­an pada awal tahun ini, namun berkuranga­n pada April dan Mei dan pelabur asing kini sebaliknya menjadi penjual bersih.

“Bagaimanap­un, dari sudut teknikal, perkembang­an itu baik kerana kita dapat mencatat aliran pertumbuha­n ke arah separuh kedua tahun depan dan menyaksika­n kemasukan semula dana asing.

“Pelabur lebih berminat kepada aspek pembaharua­n dan penyusunan semula syarikat seperti pelantikan bekas anggota Kabinet, Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharu Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang dilihat berpotensi memberi nilai tambah,” katanya.

Prestasi REIT

Menurut Ng, di sebalik ketidakten­tuan di Malaysia, saham yang mampu memberi pulangan masih mencatat prestasi memberangs­angkan termasuk unit dana amanah pelaburan hartanah (REIT) seperti IGB, F&N serta pembinaan yang disertai manfaat infrastruk­tur.

“Ini disebabkan pelabur bersedia membuat bayaran premium bagi syarikat yang mendapat paras pulangan tinggi,” katanya.

Mengulas prospek ekonomi Malaysia, Ng berkata, pertumbuha­n negara ini masih menarik di mata pelabur biarpun pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat empat peratus pada suku kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia