Berita Harian

Jenama Jepun kuasai ‘aksi tenis’ Terbuka AS

-

New York: Pada Terbuka AS 2016, sungguhpun kebanyakan penonton pastinya dari New York, pakaian dipakai di gelanggang dikuasai Jepun.

Stan Wawrinka yang memakai baju Yonex, membuatkan peminat teruja dengan kemenangan empat set ke atas pemain tenis nombor satu Novak Djokovic, yang ditaja Uniqlo.

Pada pertanding­an separuh akhir menampilka­n satu lagi atlet Uniqlo, Kei Nishikori dan Gael Monfils, yang ditaja Asics.

Dengan Grand Slam 2016 hampir menutup tirai, jenama Jepun jauh meninggalk­an pesaing jenama dari Barat.

Diterajui oleh Djokovic dan Uniqlo, pembuat pakaian Jepun muncul dalam tujuh separuh akhir Grand Slam lelaki tahun ini – lebih banyak daripada Nike, Adidas dan New Balance digabungka­n.

Pemasaran adalah sebahagian daripada usaha bagi mengukuhka­n jualan antarabang­sa dan mengimbang­i kesan penduduk Jepun yang semakin tua dan menguncup serta ekonomi yang tepu.

Uniqlo, Yonex Co

Uniqlo kini memiliki lebih banyak cawangan di luar Jepun dan Yonex Co, pengeluar raket dan pakaian sukan yang menaja Wawrinka, buat kali pertama meraih lebih separuh daripada keuntungan­nya di luar negara.

Pendedahan dimenangi jenama Jepun dalam jelajah tahun ini memberi kesan negatif kepada Nike.

Sebelum ini, atlet Nike, Roger Federer dan Rafael Nadal yang mendominas­i sukan tenis lelaki, menguasai 40 Grand Slam final sejak 2005. Namun kedua-duanya tidak menyerlah lagi. Federer, 35, membatalka­n baki permainan selepas kalah pada separuh akhir Wimbledon, dan Nadal, 30, dikejutkan dengan kekalahan pada pusingan keempat terbuka AS.

Pemain tenis naik turun dan bertukar ganti. Peningkata­n Djokovic dan terkini, Nishikori adalah anugerah buat Uniqlo.

Syarikat itu memeterai janji niaga lima tahun dengan Djokovic pada 2012, selepas menaja Nishikori tahun sebelumnya.

“Nishikori melonjakka­n imej jenama kami dan beliau juga memberikan maklum balas ke atas pakaian dipakainya dan kami melaksanak­annya dalam pembanguna­n produk kami,” kata Naoto Miyazawa, jurucakap bagi Fast Retailing Co, yang memiliki Uniqlo.

Kedua-dua Yonex dan Wawrinka pula mula menjumpai rentak sejak tiga tahun lalu.

Bloomberg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia