Berita Harian

FBM KLCI berada dalam aliran menaik

-

edah di Amerika Syarikat (AS). Kaunter MYCRON terus mendapat perhatian, kenaikan berterusan dan agak mendadak menyebabka­n pelabur jangka pendek membeli dengan agak agresif.

Mungkin berlaku kenaikan berterusan minggu ini, namun pelabur disaran berhati-hati kerana indeks kekuatan relatif (RSI) menunjukka­n harga saham MYCRON terlebih belian dan akan berlaku aktiviti penjualan untuk pengambila­n untung jangka pendek.

Sasaran jangka panjang penganalis­is terhadap kaunter ini adalah sekitar RM1.12 sesaham.

Kaunter FGV dan THHEAVY masih mendatar minggu lalu. Jumlah dagangan mula menurun dan aktiviti jualan pelabur kontra berlaku. Namun ada petunjuk teknikal menyaranka­n berlaku kenaikan semula pada sesi urus niaga minggu ini terutama pada indikator MACD.

DESTINI naik akhir dagangan

Bagi kaunter DESTINI kenaikan pada saat akhir urus niaga Jumaat lalu dijangka mendapat perhatian pelabur minggu ini. Mungkin harga sahamnya menguji paras rintangan semasa 85 sen.

Kejatuhan berterusan kaunter PDZ sejak dua minggu lalu dijangka menarik minat pelabur runcit yang membeli ketika harga murah.

Paras sokongan semasa kaunter ini berada pada 7 hingga 8 sen dan kini diniagakan di atas paras sokongan jangka panjang purata pergerakan 200 hari (SMA 200).

Dijangka aktiviti pengambila­n untung akan berlaku ke atas CHINHIN dan CHINWELL yang naik ketara sebelum ini.

Begitu juga kenaikan DENOUNCE sebelum ini dijangka berhadapan dengan aktiviti pengambila­n untung. Petanda RSI dan juga MACD memberi gambaran kepada aliran menurun terhadap kaunter ini.

Kenaikan kaunter TOP GLOVE dan KAREX yang berkait rapat dengan zika minggu lalu juga dijangka mengalami situasi pengambila­n untung pada sesi urus niaga minggu ini. DNEX meneruskan kenaikanny­a sepanjang minggu lalu selepas mengumumka­n keuntungan tinggi baru-baru ini.

Pengumuman ke atas pendapatan sesaham (EPS) 11.54 untuk suku kedua berakhir 30 Jun lalu menarik minat pelabur.

Harga saham DNEX akan terus menguji paras 30 sen sebagai sasaran pertama, 35 sen sebagai sasaran kedua dan 40 sen sebagai sasaran ketiga.

FBM KLCI kekal di atas paras psikologi SMA200. Pada minggu lalu, FBM KLCI naik 14.65 mata untuk asas mingguan dan ditutup pada paras 1,686.44. FBM KLCI berada pada aliran menaik berdasarka­n Purata Pergerakan Mingguan (SMA5) dan berdasarka­n Purata Pergerakan Bulanan (SMA30). Purata Pergerakan Tahunan (SMA200) pula masih meneruskan aliran mendatar.

Pada asas mingguan, momentum FBM KLCI menunjukka­n peningkata­n. RSI adalah 66.7 pera- tus berbanding 62.8 peratus pada minggu sebelumnya.

Ini bermakna, untuk asas mingguan, momentum FBM KLCI kembali kuat. Untuk asas harian, bacaan RSI Jumaat lalu (48.9 peratus) juga menunjukka­n peningkata­n berbanding Khamis (47 peratus).

Paras 1,700 mata masih bertindak sebagai paras rintangan FBM KLCI untuk minggu ini dan rintangan seterusnya di paras 1,730. Paras sokongan semasa dilihat berada pada paras SMA30.

Sekiranya paras ini gagal bertahan, paras sokongan seterusnya ialah pada paras psikologi SMA200. FBM KLCI dilihat akan berada antara paras 1.667 hingga 1,700 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia