Berita Harian

Sasaran terdekat DRBHCOM RM1.43 sesaham

-

Walaupun mencatat kerugian bersih RM169.3 juta pada suku pertama tahun kewangan 2017, DRBHCOM mendapat suntikan dana daripada kerajaan Malaysia RM1.5 bilion untuk anak syarikatny­a, Proton Holdings Bhd (PROTON) untuk pelan pemulihan dan penstruktu­ran semula syarikat.

Analisis fundamenta­l

Pendapatan sesaham syarikat (EPS): -59.05 sen sesaham. Nisbah harga ke atas pendapatan syarikat (P/E Ratio); tiada, manakala nisbah aset ketara bersih: RM3.29 sesaham.

Untuk tempoh 52 minggu lalu, DRBHCOM mencapai paras tertinggi pada harga RM1.45 manakala paras terendah 78 sen. Pada Jumaat lalu, saham ini ditutup RM1.38. Pergerakan harga DRBHCOM pada Jumaat menunjukka­n ia menokok 3 sen. Berdasarka­n Purata Pergerakan Harga Tahunan (SMA200), saham ini berada dalam aliran mendatar.

Namun, Purata Pergerakan Harga Bulanan (SMA30) dan Purata Pergerakan Harga Mingguan (SMA5) menunjukka­n ia berada di dalam aliran menaik.

Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) harian pada Jumaat ada- lah pada paras 51 peratus dan menunjukka­n penurunan berbanding bacaan RSI pada Khamis iaitu di paras 58.6 peratus. Ini bermakna momentum saham DRBHCOM sedikit melemah untuk asas harian. Paras sokongan terkini adalah di sekitar paras SMA5. Paras rintangan pula RM1.43 dan RM1.45. Sasaran terdekat DRBHCOM sekitar paras RM1.43.

Untuk DRBHCOM meneruskan kenaikan, paras tertinggi Jumaat perlu dilepasi. Jika paras ini dilepasi, rintangan saham ini seterusnya ialah RM1.43 yang juga adalah sasaran DRBHCOM. Jika pelabur sudah melakukan pembelian dan gagal melepasi paras rintangan sepenuhnya, pelabur boleh mengambil keuntungan terlebih dahulu.

Jika pelabur masih memegang saham ini dan berlaku kejatuhan yang berterusan serta melepasi paras sokongan, pelabur perlulah melakukan ‘jualan mengehadka­n kerugian’.

Pelabur boleh mempertimb­angkan untuk membuat belian semula jika harga saham ini melepasi paras SMA5. Namun begitu, jika berlaku kejatuhan dan saham ini berjaya disokong di atas paras sokongan, para pelabur masih boleh terus memegang saham ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia