Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga

minyak jatuh lebih 1.5 peratus semalam, selepas penggerudi minyak Amerika Syarikat (AS) menambah pelantar dan pengeluar menyesuaik­an diri dengan minyak mentah lebih murah dan spekulator mengurangk­an jangkaan untuk kenaikan harga seterusnya.

Penanda aras antarabang­sa niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$47.19 satu tong pada 0645 GMT, turun 82 sen atau 1.71 peratus, daripada penutup sebelum ini.

Penanda aras AS niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te turun 86 cents, atau 1.87 peratus, pada AS$45.02 satu tong.

Peniaga berkata, kejatuhan harga pada Isnin dan Jumaat adalah hasil daripada peningkata­n aktiviti penggerudi­an minyak di AS, yang menunjukka­n pengeluar boleh beroperasi menguntung­kan pada sekitar paras semasa.

“Idea bahawa kita akan terus melantun daripada AS$50 satu tong terbukti betul,” kata broker bahan api Freight Investor Services (FIS), Matt Stanley di Dubai sambil menunjukka­n ke arah‚ dinamik minyak syal‘ sebagai sebab utama menarik harga kembali ke bawah.

Penggerudi AS menambah pelantar minyak untuk minggu ke10 dalam 11 minggu lalu, menurut satu laporan kiraan pelantar Baker Hughes pada Jumaat.

Ia adalah kenaikan paling lama tanpa mengurangk­an pelantar sejak 2011.

Harga minyak turun hampir enam peratus sejak 8 September yang sebahagian­nya menjejaska­n 10 peratus kenaikan pada awal bulan ini kepada sekitar AS$50 satu tong.

Pasaran juga di bawah tekanan daripada jangkaan satu lagi banjir eksport produk tapisan dari China pada akhir tahun ini, berikutan permintaan dalam ekonomi terbesar Asia dan pengguna minyak perlahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia