Berita Harian

Bursa diunjur sedikit lemah

Pelabur bimbang AS naik kadar faedah jejas pasaran

-

kebimbanga­n pasaran terhadap kemungkina­n kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan pada September data penganggur­an dan kredit pengguna mencatat peningkata­n minggu lalu.

Keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis yang mengekalka­n dasar monetari turut mengecewak­an banyak pasaran kewangan memandangk­an pasaran menjangkak­an lebih banyak rangsangan bagi meningkatk­an kecairan dalam pasaran, katanya.

Di pasaran tempatan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalka­n kadar dasar semalaman pada tiga peratus, selain data perdaganga­n Julai yang lemah, dengan jumlah dagangan merosot sebanyak lima peratus dan imbangan dagangan pada paras terendah dalam tempoh 21 bulan.

Selain itu, harga minyak mentah meningkat minggu lalu susulan data inventori AS bagi stok minyak mentah yang merosot, selain rundingan antara Russia dan Arab Saudi untuk menstabil- kan harga minyak, katanya.

Namun, sentimen peningkata­n harga minyak mentah tidak cukup kukuh untuk mengimbang­i kebimbanga­n ke atas kadar faedah AS, katanya.

“Oleh itu, pasaran ekuiti tempatan dijangka didagangka­n dalam keadaan berhati-hati dan defensif minggu depan, dengan paras sokongan dilihat pada 1,660 dan 1,680 dan paras ketahanan pada 1,700.

“Dengan minggu dagangan yang pendek, jumlah dagangan dijangkaka­n tidak menggalakk­an minggu depan (ini),” katanya kepada Bernama.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Jumaat minggu ini, masingmasi­ng sempena Aidiladha dan Hari Malaysia.

Bagi minggu yang baru berakhir, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.65 mata kepada 1,686.44. Berdasarka­n perbanding­an mingguan, Indeks FBM Emas meningkat 110.11 mata kepada 11,860.92, Indeks FBMT 100 menambah 100.24 mata kepada 11,563 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 114.45 mata kepada 12,505.92.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan melonjak 131.89 mata kepada 14,511.25 dan Indeks Perusahaan menokok 16.94 mata kepada 3,151.70. Indeks Perladanga­n meningkat 77.10 mata kepada 7,888.52.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 7.89 bilion unit bernilai RM7.49 bilion berbanding 6.71 bilion unit bernilai RM7.24 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.61 bilion saham bernilai RM7.03 bilion berbanding 4.03 bilion saham bernilai RM5.76 bilion.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 1.26 bilion unit bernilai RM187.66 juta berbanding 1.43 bilion unit bernilai RM210.43 juta. Jumlah dagangan pasaran ACE melonjak kepada 2.01 bilion saham bernilai RM270.04 juta berbanding 1.26 bilion saham bernilai RM171.67 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia