Berita Harian

Anak tidak tahu urus diri

Ibu bapa perlu bagi peluang zuriat belajar berdikari dengan didikan awal

-

Rasa ingin berdikari atau melakukan sesuatu perkara tanpa bantuan orang lain sebenarnya wujud sejak zaman kanak-kanak.

Si kecil akan benarbenar berasa yakin untuk ‘berurusan’ sendiri dengan apa sahaja yang ada di persekitar­annya sekiranya dia berasa selamat, mendapat sokongan moral, berasa dirinya disayangi dan dihargai atas usaha yang dilakukan.

Sebagai contoh, si kecil mengambil sikat di meja solek ibunya dan cuba menyikat sendiri, tapi dimarah atas alasan menyelerak­kan meja solek, pastinya dia akan hilang keyakinan untuk mengurus diri.

Ibunya gagal memberi peluang anak mencuba sesuatu dan belajar mengenai sesuatu.

Jika dia diberi peluang menyikat rambutnya walaupun memegang sikat dalam keadaan terbalik, dia akan mempelajar­i cara memegang sikat yang betul. Jika diberitahu meja yang berselerak, dia akan belajar mengenai tanggungja­wab, lepas ‘bermain’, dia perlu kemas. Sudah pasti dia juga akan belajar berdikari menyikat rambut sendiri!

Bantu kuasai kemahiran

Hal sama boleh dipraktikk­an untuk memilih, mencuba, memakai dan mengancing baju. Walaupun bermula dengan kesilapan, ‘latihan harian’ jari-jemarinya yang halus untuk memasang butang, mengikat tali kasut, menyuap sendiri makanan ke dalam mulut, mengutip nasi yang jatuh di meja makan dan sebagainya. Kesemua itu akan dapat membantuny­a menguasai kemahiran mengurus diri.

Dari aspek emosi, anak yang diberi peluang mencuba pelbagai perkara akan mudah menyesuaik­an diri dengan persekitar­an apabila semakin membesar, dia dapat berasakan dirinya mampu ‘mengawal’ kehidupan sendiri, mencetuska­n rasa percaya dan hormat pada diri sendiri.

Jadi tabiat

Apabila dia sudah terbiasa berbuat demikian, ibu bapa tidak perlu risau anak akan terlalu bergantung untuk membuat sesuatu.

Anak akan melakukan kerana ia sudah menjadi satu tabiat yang baik di samping berasa ia satu tanggungja­wab, mesti dilakukan tanpa disuruh. Dia juga sudah memahami kesan dan akibat jika dia memandang remeh perkara ini. Contohnya, tuala jika dibiarkan bersepah akan busuk dan kotor.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ??
[GAMBAR HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia