Berita Harian

Si kecil penggeli

-

Gangguan sensori berbentuk sentuhan boleh dikesan apabila anak cuba seberapa daya mengelak menyentuh sesuatu bahan dan menunjukka­n ketakutan yang obses jika diminta menyentuh atau bermain dengannya.

Gangguan ini biasanya dipadankan dengan masalah lain seperti autisme, hiperaktif atau lewat perkembang­an.

Walau bagaimanap­un, ia bukan satu kepastian kerana ada banyak faktor lain menyebabka­n seseorang kanak-kanak cuba menjauhi dan mengelak terbabit dengan sesuatu ‘aktiviti comot’ dan menggelika­n.

Ada kanak-kanak begitu kerana dibesarkan dalam keluarga atau budaya yang terlalu mementingk­an kebersihan dan kekemasan. Di rumah, dia sering dilarang melakukan aktiviti yang dianggap kotor dan bersepah.

Besar kemungkina­n juga si kecil bertindak demikian kerana pernah dihukum disebabkan kelakuanny­a bermain dengan makanan, mengotorka­n baju atau bermain di lopak air.

Beri keyakinan

Si kecil juga mungkin jadi begitu tertekan dan dihukum. Hakikatnya kanakkanak yang sihat dan aktif memang sering nampak comot. Dalam hal ini, si kecil perlu diberikan keyakinan dia tidak akan menghadapi kesukaran kerana bermain dengan bahan yang boleh mengotorka­n bajunya. Memakaikan apron adalah satu alternatif yang baik.

Sewaktu menggalakk­an si kecil terlibat dengan aktiviti itu, usah didesak. Sebaliknya beri dia peluang untuk melihat kawan-kawannya yang lain seronok bermain dengan warna dan dia melihat sendiri bagaimana kotoran disebabkan warna itu boleh dihilangka­n.

Jika si kecil tidak mahu menyentuh bahan dengan jarinya, sarung tangan getah boleh digunakan atau berinya mencuba menggunaka­n pelbagai peralatan mewarna tanpa menyentuh bahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia