Berita Harian

Perancanga­n tambah zuriat

Pelbagai faktor termasuk umur ibu wajar diambil kira untuk hamil lagi

-

Lazimnya, ibu bapa akan ditanyakan bila mahu menambah zuriat apabila si kecilnya menjengah usia setahun atau sudah mula bertatih berjalan.

Sebenarnya, keputusan menambah cahaya mata itu terletak pada ibu bapa itu sendiri, kerana memiliki zuriat tidak semudah membeli kereta mainan yang boleh disimpan dalam almari, andai tidak digunakan.

Sebaliknya, anak perlu dibesarkan, dididik, diberikan pendidikan dan keputusan menambah ahli keluarga, membabitka­n perubahan rutin setiap hari.

Ibu bapa tentukan

Pegawai Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, berkata hanya ibu bapa yang boleh menentukan untuk menambah ahli keluarga, bukan orang lain.

“Seorang anak memerlukan perhatian, penjagaan sempurna. Justeru, keputusan menambah zuriat bukan sekadar memberikan makan minum dan pakaian, tetapi lebih lagi.

“Perkembang­an fizikal mereka perlu diseimbang­kan dengan emosi dan minda. Semua aspek ini membabitka­n pelaburan masa, tenaga dan kewangan kukuh daripada ibu bapa,” katanya.

Dr Zubaidi berkata, realitinya ibu bapa perlu men- gutamakan kualiti, berbanding anak yang ramai. Ini bagi menggalakk­an anak terjerumus dalam kancah dadah, lumba haram, pengabaian dan banyak lagi.

Modal insan berkualiti

“Kita mahu mendidik masyarakat supaya bilangan anak tidak diukur dari segi kuantiti tetapi dilihat modal insan berkualiti seperti kata ulama, manusia itu lebih baik daripada makhluk lain seumpamany­a, satu berbanding seribu.

“Misalnya, Institut Alam Guttmatche­r di Amerika Syarikat mencadangk­an jarak kehamilan pertama dengan yang kedua adalah 30 bulan, supaya ibu memperoleh rehat, pulih dari tekanan dan kekurangan tidur semasa kehamilan pertama,” katanya. Beliau berkata, kajian diterbitka­n

jarak kehamilan kurang daripada 18 bulan akan mengakibat­kan bayi yang kedua dilahirkan pramatang dan kurang berat badan.

“Begitu juga kajian yang dilakukan University of California di San Francisco mendapati jarak yang sesuai untuk kehamilan ialah antara 24 hingga 35 bulan. Sekiranya kurang daripada 24 bulan, bayinya kurang berat badan,” katanya.

Faktor mempengaru­hi

Ada beberapa faktor yang mempengaru­hi pembesaran anak sempurna dan masa sesuai untuk menambah anak.

Faktor itu termasuk usia anak sekarang, umur ibu bapa itu sendiri dan gaya hidup.

Usia anak pertama dalam tempoh 30 bulan adalah masa sesuai untuk ibu bapa memberikan kasih sayang, perhatian, berikutan sukar untuk memiliki seorang lagi bayi jika yang sulungnya masih belum cukup besar.

Faktor ini penting kerana seeloknya anak kedua dimiliki selepas anak pertama mampu berdikari.

Selain itu, umur ibu bapa adalah kriteria penting yang menentukan keputusan untuk menambah seorang lagi cahaya mata.

Misalnya, jika usia wanita itu 38 tahun, tiada peluang menjarakka­n kemahiran sehingga tiga tahun. Berbeza dengan situasi di bawah 30 tahun, dan tidak mempunyai masalah yang menyukarka­n diri hamil, sudah tentu boleh merancang anak selang tiga tahun.

Gaya hidup pula sering kali dilihat faktor yang menentukan siapa akan menjaga anak pada tengah malam dan menyiapkan susu apabila bayi menangis.

Ini tidak menjadi masalah jika pasangan itu mempunyai pengasuh, yang boleh diharapkan membantu menguruska­n bayi yang baru lahir.

 ?? [ GAMBAR HIASAN ] ??
[ GAMBAR HIASAN ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia