Berita Harian

Pelari maraton inspirasi kanak-kanak

Mohd Syahidan kongsi pengalaman capai kejayaan, penuhi impian

-

Tiada ibu bapa di sisi, bukan penghalang untuk kanak-kanak kurang bernasib baik menggapai impian. Sama seperti orang lain, mereka ini juga memerlukan sokongan dan inspirasi dalam mengejar cita-cita.

Memahami senario itu, pelari maraton negara,

Mohd Syahidan Alias, 29, sudi berkongsi pengalaman dengan kanak-kanak kurang bernasib baik, kejayaanny­a mencapai impian bagi mengharumk­an nama Malaysia di Gold Coast Airport Marathon di Australia.

Mesra disapa Edan, beliau berkata, ibunya meninggal dunia kira-kira tujuh tahun lalu akibat kanser paru-paru. Pemergian ibu, menjadikan kehidupann­ya ketika menuntut di universiti sedikit suram, malah hampir patah semangat kerana hilang tempat mengadu.

Akhirnya, beliau tertarik dengan acara larian selepas menyertai aktiviti dianjurkan pihak universiti dan kini aktif maraton serta mewakili Malaysia pada peringkat antarabang­sa.

Mohd Syahidan dedikasika­n minat dan kerjayanya itu buat arwah ibunya kerana apabila berlari, segala memori bersama ibu bermain-main di fikiran. Keadaan tenat, penat dan lelah dilalui ibunya turut terasa apabila beliau tamat larian.

“Saya menghargai setiap detik perjuangan ibu menentang kanser dan jasa sepanjang hayatnya melengkapk­an keperluan seisi keluarga,” katanya yang ditemui pada majlis beramah mesra bersama kanak-kanak Asnaf Al Barakh di Restoran Kenny Rogers Roasters di ibu negara, baru-baru ini.

Perlu ada disiplin

Sepanjang ketiadaan ibunya, Mohd Syahidan mendapat sokongan dan latihan oleh Pengurus Pasukan, Smart Athletics Club (SAC), Jolene Hong. Ia bermula pembabitan­nya sehingga kini berjaya mencapai impian menjadi antara pelari maraton terpantas di sesuatu kejohanan.

“Apabila mula berlatih, saya melihat potensi besar dalam sukan maraton. Latihan diteruskan tahun demi tahun dan berjaya memasuki kejohanan pelbagai peringkat antaranya Standard Charteded Singapore Marathon yang mencatat masa terbaik iaitu tiga jam tujuh minit,” katanya.

Mohd Syahidan berkata, jika kanak-kanak ingin jadi sepertinya, disiplin amat penting untuk mencapai impian kerana atlet memerlukan latihan dan pemakanan seimbang untuk mengekalka­n prestasi diri.

Bagi yang mahu memulakan latihan, beliau menasihatk­an, fokus dengan jarak pendek dulu dari lima hingga 10 kilometer (km) kerana jarak panjang memerlukan latihan kerap, seterusnya perbaiki sedikit demi sedikit.

“Dapatkan nasihat doktor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia