Berita Harian

Didik anak insaf kesalahan dilakukan

-

Neurobehav­ioral Health di Louisville, Colorado, pula berkata, ketika anak tiada persefaham­an dengan rakannya, usah paksa meminta maaf, sebaliknya tenangkan dirinya dulu.

"Jika berkeras meminta anak untuk memohon maaf ketika masih marah, dia tidak akan faham bagaimana kelakuanny­a mampu mempengaru­hi orang lain.

Biar anak belajar mempunyai empati, lamakelama­an dia akan mula berasa dan menghargai kesakitan terhadap tindakanny­a itu boleh memberi kesan pada orang lain.

“Ini boleh mencetuska­n penyesalan yang membantu dia lebih bijak mengendali­kan konflik pada masa akan datang," katanya.

Tetapi, jika kemarahan anak ditujukan kepada anda seperti menjerit terus menerus, jangan balas dengan kasar kerana ditakuti, selepas dimarahi dia berkelakua­n kurang ajar kepada anda.

“Katakanlah sesuatu yang lembut dan nyatakan anda sayangkann­ya. Pasti keadaan anak tenang terlebih dulu,” katanya.

Kirk menyaranka­n, perbualan dengan anak dibuat sejurus mereka bertenang.

Bincang bersama-sama, cara lebih baik untuk menyelesai­kan konflik dan tanya apa yang boleh dilakukan supaya tiada perbalahan pada masa akan datang.

Jadi contoh

Krik berkata, salah satu cara pengajaran paling berkesan adalah tingkah laku ibu bapa sendiri. Anak melihat setiap pergerakan dan perbuatan dilakukan sepanjang hari orang tuanya.

“Jika anda berasa letih dan anak mengganggu, anda pasti memarahiny­a. Namun, untuk betulkan keadaan, katakan kepada anak, “Maaf ibu bertindak sebegitu, lain kali ibu akan cuba bertenang.”

“Langkah meminta maaf seperti ini boleh dijadikan contoh untuk mengajar anak supaya bertanggun­gjawab dan mencari penyelesai­an terbaik pada masa akan datang,” katanya.

Memberi dan meminta maaf penting untuk kanak-kanak pada zaman ini. Ajar anak bagaimana untuk mengalah dan memberi kemaafan kepada rakan atas salah faham yang mengakibat­kan pergaduhan.

Mengajar anak mengatakan maaf juga adalah sentuhan yang mampu membantu anak belajar bertanggun­gjawab untuk memperbaik­i kesalahan sendiri dan orang lain.

Jika anda berkasar, sudah pasti anak akan menolak untuk meminta maaf walaupun diajar dengan cara sebetulnya. Pada waktu ini, cuba elakkan kekerasan.

Puji anak selepas dia meminta maaf dan katakan, dirinya patut bangga kerana mampu membuatkan rakannya berasa lega serta hilang rasa marah dan sedih kerana perselisih­an faham.

 ?? [ GAMBAR HIASAN ] ?? Jangan memaksa anak meminta maaf, sebaliknya tenangkan dirinya dulu.
[ GAMBAR HIASAN ] Jangan memaksa anak meminta maaf, sebaliknya tenangkan dirinya dulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia