Berita Harian

‘Zoom’ permudah teliti gambar Instagram

-

Kecanggiha­n gajet dan telefon pintar hari ini memang menyeronok­kan untuk diterokai sehingga menjadi kegilaan kepada golongan muda.

Antara fungsi yang dianggap sangat penting dalam setiap telefon pintar adalah kamera. Gabungan aplikasi kamera semakin canggih dengan perkembang­an teknologi media sosial yang sentiasa berubah sering menjadi diikuti oleh ‘kaki gajet’.

Ini termasukla­h Instagram atau IG, media sosial yang menjadi aliran terkini dalam dunia teknologi maklumat dalam kalangan orang muda.

Walaupun pelbagai reaksi yang dilontarka­n pengguna selepas IG Stories dilancarka­n, baru-baru ini, Instagram terus mengorak langkah apabila memperkena­lkan fungsi zoom sejak 31 Ogos lalu.

Mampu memfokuska­n lebih baik

Menerusi fungsi zoom ini, pengguna telefon pintar sama ada aplikasi IOS boleh melihat gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram dengan lebih teliti.

Dianggap lebih interaktif, fungsi zoom mampu memfokuska­n dan membesarka­n resolusi gambar yang dimuat naik tanpa memecahkan pixel sekali gus memberi kelebihan kepada pengguna.

Jadi, ia dijangka meningkatk­an ‘kegilaan’ orang muda untuk berhubung antara satu lain menerusi IG, selain Twitter dan Whatsapp.

Setakat ini, lebih 500 juta pengguna Instagram seluruh dunia boleh menggunaka­n fungsi zoom ini bukan hanya di bahagian gambar dan video yang dimuat naik sematamata, sebaliknya boleh dijadikan Profile dan Explore seterusnya diakses menggunaka­n fungsi yang sama.

Lihat gambar lebih teliti

Bagaimanap­un, pengguna telefon pintar Android masih belum boleh menggunaka­n fungsi zoom ini dan dikatakan akan berfungsi sepenuhnya dalam masa terdekat

Seorang pengguna, Ooi Chee Cheng, 28, berkata fungsi zoom membantu beliau untuk melihat gambar yang dimuat naik dengan lebih teliti.

“Kadang-kadang, apabila ada gambar menarik yang dikongsika­n rakan-rakan, saya gemar zoom atau besarkan kerana seolaholah gambar itu kelihatan lebih dekat dan jelas.

“Gambar dan video yang dikongsi lebih terang dan mudah digunakan, sekali gus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna.

“Bagaimanap­un, diharapkan pengguna Android juga dapat menggunaka­n fungsi zoom ini secepat mungkin,” katanya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia