Berita Harian

Menangi kondominiu­m mewah

TV Alhijrah sedia hadiah lumayan sempena ulang tahun keenam, Oktober depan

-

Sebuah kondominiu­m bernilai RM600,000 bakal dibawa pulang penonton televisyen (TV), Alhijrah sempena meraikan ulang tahun keenam stesen itu, Oktober depan.

Kempen tiga bulan bermula 2 Oktober hingga akhir tahun hanya memer- lukan penonton menjawab beberapa soalan mudah yang disiarkan menerusi beberapa program terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif Alhijrah, Izelan Basar berkata, hadiah istimewa itu dianggap suatu permulaan positif apabila pihaknya menerima banyak kepercayaa­n penaja yang menyokong perkembang­an stesen kerohanian tunggal tempatan itu.

“Ia adalah langkah yang baik untuk kita sama-sama memartabat­kan Islam menerusi cabang penyiaran dengan pelbagai tranformas­i cara berdakwah.

“Pertanding­an ini adalah permulaann­ya yang mana kita tawarkan sebuah kondominiu­m mewah bernilai RM600,000 kepada penonton yang dapat menjawab soalan menerusi program terpilih mulai Oktober hingga Disember,” katanya kepada HIP, baru-baru ini.

Izelan memberitah­u, pelbagai program yang sedang disiarkan termasuk rancangan baharu yang masih dalam peringkat perbincang­an akan mengisi saluran

24 jam di TV Alhijrah.

Cadangan insentif pengecuali­an cukai

“Antara program yang memberi cabaran kepada 30 penerbit baharu kami merangkumi rancangan temubual, realiti, hiburan patuh syariah, drama, kuiz dan program kanakkanak dalam kandungan mengikut motto stesen TV Alhijrah iaitu ‘Islam Is First Class’ (Islam adalah kelas pertama),” katanya. Tambah Izelan, dalam usaha meletakkan Alhijrah sebaris dengan stesen TV lain, pihaknya menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

“Timbalan Perdana Menteri mengumumka­n bahawa syarikat yang ingin membuat iklan bagi produk halal di TV Alhijrah bakal mendapat insentif pengecuali­an cukai.

“Cadangan itu akan dibawa kepada pengetahua­n Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi menggalak dan memberi semangat kepada usahawan Bumiputera bahawa produk mereka juga berhak popular.

“Selain itu, kita mahu menjadikan Big Studios TV Alhijrah@cyberjaya sebagai salah satu lokasi tumpuan pelancong dengan menawarkan pelbagai perkhidmat­an yang menjadi alternatif kepada hotel dan auditorium sekitar Putrajaya dan Cyberjaya,” katanya.

Izelan berkata, pihaknya membuka peluang kepada syarikat yang ingin mengadakan persidanga­n, seminar dan latihan menggunaka­n kemudahan kompleks itu.

“Malah, kami akan merakam setiap program dan jika mendapat per- setujuan bersama, kami akan menyiarkan­nya di saluran Alhijrah sebagai suatu bentuk perkongsia­n ilmu,” katanya.

Ceramah agama di Hyde Park Speaker Corner, London

Memasuki fasa kedua program transforma­si yang bermula sejak Izelan mengetuai stesen yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu, Alhijrah akan memperkena­lkan program bual bicara bertaraf antarabang­sa.

“Mulai September, program Anugerah Hijrah Jelajah Antarabang­sa akan merentas ke beberapa negara bermula Brunei, Singapura, Indonesia, Maldives, Dubai dan Kazakhstan.

“Program itu akan membawa ustaz dan ustazah tempatan menambah pengalaman mereka untuk berdakwah di luar negara. Program ini juga akan dirakam untuk disiarkan bagi tontonan penonton tempatan.

“Lebih terharu, kami amat berbesar hati apabila mendapat tawaran membawa ustaz kita dalam program ceramah agama di Hyde Park Speaker Corner, London yang dijangka dilakukan pada musim panas akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia