Berita Harian

Mangsa obsesi

-

Terlalu menjaga hubungan dengan peminat demi kelangsung­an kerjaya seni ketika bakat kurang mendapat publisiti, ada kalanya mengundang persepsi berbeza.

Walaupun dilihat mesra dan memiliki ciriciri jejaka budiman, Sabhi Saddi tidak menjadikan hubungan dengan peminat sebagai tiket untuk melangkaui batas jauh. Jauh sekali Sabhi meletakkan jurang antara dirinya dengan peminat.

Namun, masih ada segelintir peminat yang teruja apabila dapat berhubung dengannya di media sosial. Dalam kes yang keterlalua­n, ada peminat mengambil kesempatan menghantar video dan gambar lucah mereka untuk tatapan penyanyi berusia 32 tahun ini.

“Bukan saja wanita, tetapi ada peminat lelaki yang menghantar mesej secara terus ke Instagram dengan berkongsi video dan gambar lucah. Tidak tahulah sama ada gambar mereka sendiri atau orang lain. Ini kerana semua gambar dan video yang dihantar tidak menampakka­n muka.

“Malah, ada peminat yang membuat ulasan dengan komen yang agak lucah. Bahkan, ada peminat wanita yang mengajak saya berkahwin walaupun mereka sedia maklum mengenai status saya sebagai suami orang dan mempunyai anak,” katanya kepada HIP.

Sekat pengikut keterlalua­n

Mengakui agak keterlalua­n dan melampau perbuatan segelintir peminat, Sabhi mengambil langkah agar tidak lagi muat naik gambarnya yang menampakka­n tubuhnya yang sasa di media sosial.

Setiap komen yang dilayangka­n ke laman sosialnya bukan saja ditapis, malah Sabhi akan menyekat pengikut laman sosial yang dilihat keterlalua­n.

“Saya pernah tegur mereka secara peribadi, tetapi masih melakukan perkara sama. Jadi, tidak teragakaga­k untuk saya block mereka kerana media sosial adalah tempat untuk saya merapatkan hubungan dengan peminat, selain berkongsi aktiviti.

“Sekarang, setiap kali muat naik gambar, saya akan pastikan foto terbabit tidak terlalu seksi dan mendedahka­n aurat. Ini kerana ramai peminat yang menegur.

Apa saja komen positif dan membina daripada peminat saya amat alualukan kerana kadangkada­ng, kita terlepas pandang contohnya mengenai aurat,” katanya.

Jaga air muka isteri

Sabhi mengaku tidak pernah berkongsi kisah yang berlaku di sebalik laman sosial dengan isterinya, Rosi Aswani Abdul Razak demi menjaga hubungan suami isteri.

Sabhi yang ditemui pada majlis kejutan hari jadinya bersama peminat di Shah Alam, barubaru, ini menganggap ia soal peribadi yang tidak perlu diketahui Rosi.

“Kalau mesej peribadi, dia tidak tahu. Tetapi, setiap kali ada komen yang dilihat mencurigak­an, isteri akan komen supaya orang tahu saya sudah berkahwin,” katanya.

Sabhi menganggap gajet seperti telefon bimbit adalah hak peribadiny­a.

“Sebagai isteri, dia tidak perlu tahu mengenai mesej peribadi saya kerana dia sedia maklum sifat dan perlakuan saya.

“Ke mana saja pergi, saya akan berpegang kepada prinsip saya sudah berkahwin, mempunyai isteri dan anak. Jadi, saya kenalah jaga air muka isteri dan anakanak.

“Saya lebih utamakan keluarga daripada keluar melepak dengan kawankawan sehingga lewat pagi. Walau penat macam mana sekalipun bekerja, saya akan pastikan pulang ke rumah melayan anakanak,” katanya.

Kurang menyerlah dalam bidang seni suara bukan berpunca daripada dirinya yang terpinggir, Sabhi sebaliknya sedang mencari bahan yang sesuai untuk bangkit kembali.

Bagi mengekalka­n namanya dalam industri, Sabhi sibuk mengacarak­an program Legenda Seni dan

Kalori untuk RTM, selain membintang­i drama antaranya Amsyar sebanyak 20 episod untuk TV3.

“Insyaallah, akhir tahun ini, saya akan hasilkan

single yang masih belum tahu tajuknya. Lagu ini digubah Asfan Shah.

“Saya gabungkan genre rock, pop dan balada dalam satu lagu sebagai eksperimen.

Single ini cukup berbeza dengan lagulagu sebelum ini,” katanya yang berharap

single terbabit mampu menaikkan semula namanya dalam industri muzik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia