Berita Harian

Amerul idam watak orang kaya

-

Watak selekeh dan budak kampung sinonim dengan dirinya sehingga ada yang menyifatka­n penampilan jejaka ini sama di luar skrin.

Hakikatnya, bakat lakonan bekas pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27 ini sukar disangkal.

Mungkin disebabkan penampilan dirinya yang tidak seperti pelakon kacak lain, bakat lakonan Amerul Affendi, 30, diketepika­n untuk menggalas peranan sebagai hero.

Mahu keluar daripada kepompong karakter itu, Amerul mencabar diri membawa watak yang berbeza dengan gaya penampilan kemas seperti karakter ahli perniagaan.

“Terlalu banyak disogok dengan watak demikian membuatkan orang memandang saya dari satu sudut saja. Sebaliknya, saya mampu membawa watak lebih besar dan mencabar.

“Cuma, peluang itu tidak ada. Mungkin disebabkan karakter sebenar diri saya dan gaya penampilan yang agak ringkas, orang takut untuk memberikan watak yang berbeza.

“Saya mahu mencabar diri untuk keluar daripada kepompong yang mana orang memandang saya sesuai untuk watak kampung dan selekeh.

“Saya teringin juga hendak membawa watak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) atau ahli perniagaan, tetapi tidak diberi peluang,” katanya.

Kaji watak penagih

Melihat lakonannya dalam filem Pekak arahan Mohd Khairul Azri sebagai penagih dadah pasti akan mencetuska­n tanggapan negatif penonton terhadap dirinya yang bertubuh kurus.

Penghayata­n dan lakonan mantapnya dalam filem itu cukup memberi kesan kepada penonton. Namun, Amerul memberitah­u, apa yang ditonjolka­n dalam filem yang ditayangka­n sejak 1 September lalu itu sekadar suatu pendedahan, selain membe- Pelakon ri mesej kepada penonton.

“Susah untuk saya bawa watak ini sehingga perlu buat kajian dengan melihat karakter penagih di Chow Kit. Saya takut orang label saya sebagai penagih dengan diri saya begini.

“Tetapi, saya memikirkan mengenai mesej yang ingin disampaika­n kepada penonton. Saya terima tawaran ini disebabkan skripnya yang bagus dan kuat,” katanya.

Penonton buka minda

Mengharapk­an filem Pekak dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada masyarakat, Amerul yang ditemui pada malam gala pratonton filem berkenaan di Petaling Jaya, baru-baru ini memberitah­u, setiap karakter ada peranan dalam menggerakk­an sesebuah jalan cerita.

“Jangan melihat dari sudut gejala sosial saja. Sebaliknya, pandang daripada sudut permasalah­an yang timbul dan punca yang menyebabka­n golongan itu memilih jalan hitam.

“Mungkin sesetengah pendapat menganggap filem Pekak penuh dengan nilai tidak bermoral dan negatif yang tidak sesuai ditonton. Sebaliknya, cuba selidik dan hayati maksud tersirat yang cuba disampaika­n,” katanya yang akan menjalani penggambar­an filem One Two Jaga, tidak lama lagi.

 ?? [ FOTO SHIRAZ ALI / BH ] ?? Dari kiri; Sharifah Sakinah, Amerul, Sharifah Amani, Zahiril Adzim dan Iedil Putra pada Malam Gala Filem Pekak di Cineplex Ecurve, Mutiara Damansara.
[ FOTO SHIRAZ ALI / BH ] Dari kiri; Sharifah Sakinah, Amerul, Sharifah Amani, Zahiril Adzim dan Iedil Putra pada Malam Gala Filem Pekak di Cineplex Ecurve, Mutiara Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia